Selamat sejahtera!

Selamat datang ke belog “Cik Kimberly Yang Cun”. Hahaha, jangan marah…sebab saya memang perasan sedikit!

Seperti judul belog di atas, nama saya Kimberly. Saya gadis berusia lewat 20-an yang berbangsa Cina. Terima kasih kerana melawati belog saya 🙂

Saya telah menulis belog sejak tahun 2003 tetapi dalam bahasa Inggeris. Tujuan saya memulakan belog yang berbahasa Malaysia ini adalah untuk melatih diri saya supaya lebih fasih dalam bahasa kebangsaan kita.

Saya memang minat berbahasa Malaysia tetapi tidak berkesempatan sejak melepasi SPM untuk bertutur kerana beberapa situasi:

1. Setelah melepasi kolej, saya berkerja di bahagian swasta yang jarang berbahasa Malaysia.

2. Ahli keluarga saya lebih selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Cina.

3. Teman lelaki saya ialah seorang Mat Salleh dengan ketinggian 6 kaki 5 inci yang berasal dari Negara Britain dan dia langsung tidak bertutur dalam Bahasa Malaysia. (Tapi dia fasih memesan makanan dan mencarut….oops, hehehe)

4. Rakan-rakan saya, termasuk yang berbangsa Melayu turut kebanyakan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Entahlah! Peluang saya untuk bertutur dalam BM ini memang jarang. Jadi, saya membuat keputusan untuk menubuhkan belog ini bagi melatih diri dalam bahasa yang indah ini.

Jikalau ada silap salah, sila beritahu ya!

Terima kasih! 🙂

 

8 Responses to Tentang Saya

  1. sarah says:

    kimberly

    saya bangga ada orang seperti awak…tak jemu memperbaiki bahasa melayu..inilah dikatakan satu malaysia..tabik hormat untuk awak. sebab ramai antara kita yang malu berbahasa melayu…

  2. dengan mulut hamba yang tergopoh-gapah, hamba bagi tabik kepada beta. Hamba mu tidak percaya bahawa muka surat ini adalah hak milik beta. akan tetapi, selepas membaca kandungan yang diteterakan di sini; hamba mu percaya!

  3. Selly says:

    semoga berjaya untuk usaha murni kim… 🙂

  4. Badrol Shah says:

    Selamat sejahtera Cik Kimbberly,

    Terlebih dahulu saya mengucapkan rasa bangga kepada cik kerana ber”blog” dalam Bahasa Melayu walaupun cik berbangsa cina. Teruskan usaha dan tabik hormat.

    Saya bercadang untuk pergi membeli belah di Hat Yai, jadi mohon Cik Kimberly memberi petunjuk atau cadangan lokasi kawasan membeli belah disana.

    Terima Kasih.

  5. suri says:

    hai..
    wah ada kawan di sini eeee..jomlah ke blog saya boleh kita link sekali..

    salam kenal dari cahayacinta.com

  6. Daisy says:

    Saya sedang cari resipi skon dalam bahasa Malaysia, langsung Encik Google bawa saya kepada anda. Tahniah Cik Kimberly. Anda memang cun. Malu pula saya sebab lebih banyak berbahasa Inggeris walaupun saya orang Melayu. Teruskan usaha anda. Cerita2 anda memang menarik dan kelakar.

  7. NikHamidi says:

    saya suka baca gaya bahasa awak. kisah-kisah yang dipaparkan juga menghiburkan. Teruskan usaha murni ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *