Ada beberapa kriteria yang saya mahu untuk baju pengantin gaya barat saya.

Renda & lengan.

Saya tidak pasti berapa banyak renda atau berapa panjang lengan tetapi seperti yang saya beritahu beberapa orang kawan, saya mahu kelihatan dan berasa seperti anak dara pada hari perkahwinan saya. HEHEHEHEHEH.

Saya pasti mahu ada “veil” atau tudung? Bolehkah dipanggil sebagai tudung? Kalau ada sesiapa yang boleh memberitahu saya bagaimana menyebut “veil” dalam Bahada Malaysia, silakan! Segala bantuan amat dihargai 🙂

Ni saya sudah lekat muka saya di atas gambar-gambar ini biar lebih senang nak pilih hahahaha.

# – Saya agak suka gaya ini, walaupun tidak pasti tentang kolar bentuk V. Bahagian bawah pula saya suka habis!

# – Bahagian atas mengingatkan saya kepada kelambu nyamuk, tetapi saya suka juga, sebab ada sedikit gaya tradisional.

# – Saya suka lepas bahu, lengan panjang dan terbuka. Tidak suka skirt, terlalu labuh.

# – Lebih kurang sama dengan gambar di atas, tapi dengan lengan yang lebih pendek. Takut nampak tembam pula.

# – Agak suka dengan penampilan ini secara keseluruhan walaupun tiada lengan.

Apa pandangan cik-cik & puan-puan sekalian?

Beberapa hari yang lalu, semasa menyambut Hari Jadi seorang kawan, Mat Salleh bertanya kepada saya tentang “lynas” yang asyik disebut oleh kawan-kawan di Facebook dan Twitter. Saya berkata, “Tak tahu. Tak peduli…setiap orang sedang membantah sesuatu setiap hari”.

Jadi dia pergi ke Google dan kemudian memberitahu saya, “Oh, tentang rare earth“.

Huh? Apa?

Rare earth. Awak tidak tahu apa it rare earth?”

Tidak?

“Dungu”, Mat Salleh panggil saya.

Sudah dekat subuh apabila kami sampai ke rumah tetapi kami tidak tidur, sebaliknya kami menonton televisyen. Tidak lama kemudian, Mat Salleh pun akhirnya terbabas di katil.

Walaubagaimanapun, saya masih belum bersedia untuk tidur. Mungkin sebab semasa menonton TV, saya “termakan” beberapa keping coklat. Mata tak nak lelap langsung.

Untuk membuang masa, saya melayar Internet dan teringat tentang “lynas”. Lalu saya membuat carian Google dan dua buah laman web yang muncul ialah http://savemalaysia-stoplynas.blogspot.com/ dan http://stoplynas.org/.

Apa yang saya baca tentang Lynas memang menakutkan saya. Mengapa?

Inilah ringkasan bagi apa yang saya baca:

1. Lynas pada dasarnya adalah sebuah syarikat Australia yang akan membina sebuah kilang pemprosesan “rare earth” di Gebeng yang kira-kira 30km dari bandar Kuantan, Pahang. Projek itu telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia.

2. Jadi, apakah itu “rare earth”? “Rare earth” ialah nadir bumi dalam bahasa Malaysia. Nadir bumi merupakan mineral-mineral yang berunsur RADIOAKTIF.

3. Secara ringkas, apa yang akan dilakukan oleh kilang Lynas ini ialah membuang unsur-unsur radioaktif daripada mineral nadir bumi supaya apa yang tinggal boleh digunakan dalam pelbagai industri, khususnya elektronik.

4. Apabila sebahagian daripada sesuatu yang dibuangkan, maknanya sisa akan terhasil. Dalam kes Lynas, unsur-unsur radioaktif yang dikeluarkan daripada mineral nadir bumi akan menjadi sisa-sisa RADIOAKTIF.

5. Lynas tidak akan menghantar sisa-sisa radioaktif kembali ke Australia, kerana larangan kerajaan Australia . Jadi sisa-sisa radioaktif tersebut akan dilupuskan di Malaysia.

6. Errrr…bagaimana ia akan dilupuskan di Malaysia?

7. Sesetengah pihak menyatakan bahawa sisa radioaktif tersebut akan dibuang ke Laut China Selatan. Sesetengah berkata ia akan dibuang di permukaan tanah seperti apa yang berlaku di Bukit Merah. Ya, saya tahu, kan? Saya juga tidak tahu bahawa kita sebenarnya telah mengalami bencana radioaktif di Malaysia sebelum ini!

8. Kemudian saya segera membuat lagi satu carian Google, “Berapa jauhkah penyebaran radiasi?”. Jika anda berada dalam 50km dari sumber radiasi, sah berada dalam zon hangus.

9. Dan radiasi tidak berhenti merebak. Tahap radioaktif hanya menjadi semakin kurang apabila semakin jauh dari sumber tetapi IA TIDAK BERHENTI.

10. Maksudnya, walaupun kita berada di Lembah Klang, 260 kilometer dari Kuantan, kita masih menghadapi risiko.

11. Saya juga bimbang tentang saudara-mara saya di Mentakab walaupun 140 kilometer dari kilang Lynas agak jauh.

12. Sumber makanan kami, sumber makanan laut, sumber air….semuanya akan menghadapi risiko.

13. Jika Jepun boleh gagal untuk mempertahankan kilang pemprosesan kuasa nuklear mereka sendiri, berapa banyak kepercayaan yang boleh saya letakkan ke dalam kerajaan kita dan sebuah syarikat Australia untuk memastikan kehidupan kita bebas daripada bencana radioaktif?

14. 5 tahun? 15? 25 tahun? 30 tahun adalah kira-kira maksimum dan pada masa itu, saya masih hidup, mungkin dengan anak cucu.

15. Atau mungkin tidak, sebab pendedahan kepada radiasi menjejaskan fertiliti.

Saya percaya kita perlu memberitahu semua orang yang kita kenal tentang Lynas. Baca tentang Lynas. Luahkan perasaan anda tentang Lynas. Jangan abaikan kebimbangan anda, dungu atau tidak.

Yahooooo! Setelah 2 bulan yang sungguh menyeksakan, akhirnya kami berjaya mendapat lokasi untuk jamuan perkahwinan kami. Majlis tersebut akan diadakan di sebuah hotel 5 bintang di pinggir bandar.

Pada awalnya, saya hendak mengadakan jamuan perkahwinan yang bertemakan “taman” di sebuah banglo di Genting Highlands. Tetapi setelah melawati banglo tersebut, memang rupa tak padan gambar.

Kawasan luar banglo terlalu kecil sehingga tidak boleh muat lebih daripada 100 orang 🙁

Tapi tak apalah, saya suka juga dengan hotel itu. Yang perlu saya fikirkan sekarang ialah bagaimana untuk menghias dewan. Saya ada beberapa gambar inspirasi:

# – Inspirasi 1.

# – Inspirasi 2.

# – Inspirasi 3.

Cantik tak? Harap-harap tak mahal sangat lah untuk hias macam tu. Takut juga, sebab I dapat sebutharga dari seorang pembekal, nak sewa kerusi cantik sudah nak dekat RM10,000!!!! GILAAAAAA!

Bila peniaga-peniaga tahu yang kamu nak beli barang untuk kahwin, mesti harga naik melambung punya. Memang mengecewakan juga 🙁

Apa nak buat, kena carilah pembekal-pembekal yang jujur. Bukannya tak ada juga, cuma orang-orang jujur ni jarang dan kena ambil masa yang lama sedikit untuk cari. Asalkan boleh jimat wang, masa bukan masalah.

Jadi, tarikh dan tempat sudah ditetapkan. Hanya tinggal baju pengantin je 🙂

Tagged with:
 

Tahun lepas, kami menyambut Hari Valentine/Hari Kekasih di rumah. Saya baru mula belajar memasak, jadi saya membuat Mat Salleh biskut coklat yang berbentuk hati. Walaubagaimanapun, biskut tersebut lebih baik digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri.

Tahun ini, kami berputus untuk makan di luar. Nama restoran tersebut ialah Aria, sebuah restoran Itali di Plaza Damansara. Sementara menunggu Mat Salleh untuk menjemput saya, saya membersih rumah supaya rasa lebih lapar hehehe.

Trafik memang teruk, maklumlah Hari Kekasih kan? Semua mesti berlumba pulang untuk berjumpa dengan teman masing-masing. Sepatutnya sampai di restoran pada pukul 7 malam tapi sampai pukul 8 pula 🙁

# – Romantis 🙂

# – Hari Kekasih mesti ada coklat.

# – Hallo Mat Salleh <3

# – Hallo dari saya yang cun!

# – Pembuka selera – campuran salmon & daging “carpaccios”, arancinis (bebola nasi goreng), hati articok goreng, terung goreng, sotong goreng, cendawan & tomato “brushettas” dan banyak lagi. Benar-benar lazat!

# – Daging berbiri gulung. Rasa lasat, tapi daging tu liat sikit.

# – Pasta hitam dengan isi ketam dan zaitun. Rasa tomatonya agak kuat. Oklah!

Kami memesan dua pencuci mulut.

# – Buat pir rebus. Lazat tetapi sedikit manis.

# – Kek coklat fondant. Benar-benar gila lazat!!!! Nak makan lagi!!

Kami memang menikmati masa kami di Aria. Walaupun masa menunggu makanan sedikit lama, tetapi boleh dimaafkan sebab Hari Kekasih tentulah sibuk. Pelayan sentiasa bersembang dengan kami dan memastikan bahawa kami mempunyai minuman. Cukup bagus!

Aria Restoran
44G, Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-2095-0016

Tagged with:
 

Buat pertama kali dalam sejarah percintaan kami, kami berkeputusan untuk bercuti bersama kedua-dua ibu tersayang kami.

Selama empat hari, dari Kuala Lumpur ke Hatyai ke Pulau Pinang dan kembali semula ke KL, mereka terpaksa untuk duduk bersama di dalam kereta, berjalan-jalan bersama, makan makanan yang sama, tidur di dalam bilik yang sama dan pada masa yang sama, berurusan dengan dua ekor monyet iaitu anak lelaki & anak perempuan mereka.

Hehehehe.

Makan yang pertama untuk percutian ini adalah ayam kukus terkenal Ipoh, tauge dan mi teow kueh. SEDAPPP! Terus-terang, saya boleh makan kuehteow Ipoh setiap hari.

# – Saya dan ibu.

# – Mat Salleh dan ibu.

Saya tidak percaya bahawa kami telah mengambil masa yang begitu panjang sebelum mengaturkan percutian ini. Sepatutnya dibuat awal-awal lagi kerana bercuti dengan kedua-dua ibu memang bes 🙂

Misalnya, apabila kami pergi berenang, tentu ada seseorang yang akan membawakan tuala atau losyen pelindung matahari. Ataupun apabila kami keluar meneroka, seseorang mesti ada sebotol air minumum ataupun topi untuk berteduh dari sinaran perik matahari.

# – Topi luarbiasa yang dipinjam dari mak sebab saya ni puteri lilin 😛

Boleh juga selamba memakan snek dan membuat kecoh di bilik mereka sehingga lewat malam dan lepas itu pulang ke bilik kami yang bersih dan tenteram, haha.

# – Berbising di bilik ibu.

Jadi, saya tak tahulah samada ibu-ibu kami gembira dengan percutian ini, tetapi kami sah gembira! Haha.

# – Mummy mengambil gambar ikan.

# – Mom mengambil gambar pasar terapung.

# – Kedua-dua berjalan turun sebuah bukit di Hatyai Municipal Park.

Ia adalah kali pertama kami melihat pasar terapung di Hatyai. Ia cukup mengkagumkan. Pelbagai barangan makanan dan kebanyakan dijual untuk 20Baht sahaja, lebih kurang RM2. Murah dan menyeronokkan!

# – Di jambatan yang menuju ke ke pasar terapung.

Di Hatyai, terdapat seorang penjual baju yang amat suka dengan Mat Salleh. Dia asyik memujuk Mat Salleh untuk membeli baju daripadanya sambil memaksa sebuah penyangkut baju di antara kaki Mat Salleh????

# – Mat Salleh kelihatan terlalu gembira kan?

Dan apabila dia enggan untuk membeli apa-apa, penjual baju tersebut terus memeluk Mat Salleh dengan agak ketat.

# – Fuh, penyayang betul!

Kami membeli-belah agak banyak. Kami membeli kacang gajus, buah-buahan kering, air soda dan banyak lagi.

Mat Salleh juga membeli saya suatu set periuk berjenama Anolon yang mempunyai asas yang diperbuat daripada tembaga dan selamat digunakan dalam ketuhar sehingga suhu 260 darjah selsius! Ketuhar saya pun tak panas sampai itu, maksima cuma 230 darjah je.

Maaf, ceramah suri rumah terlebih: P

# – Kereta begitu penuh sehingga tidak dapat melihat menerusi cermin belakang.

Dari Hatyai, kami memandu ke Pulau Pinang untuk bermalam di situ. Walaupun percutian ini memang menyeronokkan, ada juga memori yang kurang sedap. Macam hal orang ini yang memaki-hamun agak lama dalam kereta sebab tersekat di dalam kesesakan jalan semasa hendak melihat pertunjukkan cahaya di kuil Kek Lok Si, kuil cina yang paling besar di Pulau Penang.

# – Dalam kesesakan lalulintas yang gila selama lebih satu jam untuk melihat ini.

Sudah tentu, orang itu adalah saya 😛 Akhirnya, saya terpaksa kencing di belakang sebuah kereta sambil diperhatikan oleh ibu saya. Nyaris-nyaris membanjiri kereta tersebut dengan kencing saya 😛

Kami meninggalkan Pulau Pinang dengan menaiki feri, pengalaman yang sempurna untuk mengakhiri percutian kami.

# – Pada dek atas feri.

Dengan itu, saya mengakhiri belog ini dengan gambar seekor kerbau di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang. Ia mempunyai sepasang bola yang panjang dan besar!!!!

# – Kerbau rambang.

Semoga anda mengalami hujung minggu yang baik!