Minta maaf!!! Memang lama tak mengemaskini belog ini.

Beberapa minggu yang lalu, saya bercuti di Pulau Weh, Sumatra dengan Mat Salleh sempena hari jadinya. Selepas pulang dari percutian tersebut, terus saya menjalani pembedahan Lasik untuk memperbaiki penglihatan saya. Tidak perlu memakai cermin mata lagi! Sungguh hebat ya teknologi masa kini!!!

Itulah sebab jarang berbelog, sebab sibut sangat. Sebenarnya hari ini nak bercerita tentang Pulau Weh, tapi alahai…bila dah siap kerja di belog Inggeris saya tu, masa pun dah lewat sangat. Kena luangkan masa untuk memasak dan kemas rumah pula 🙁

Tak apalah, ingatkan nak buat esok tetapi hah, teringat pula akan bertolak ke Negara Vietnam bersama-sama dengan World Vision Malaysia. Rombongan ini untuk melawati komuniti-komuniti yang mengalami masalah kekurangan makanan. Agaknya akan menjadi suatu pengalaman yang sukar dilupai.

Terima kasih kerana masih lagi bertandang di belog ini. Janji minggu depan mesti ada cerita baru ya! Sekian 🙂

Tagged with:
 

Saya memiliki sebuah buku resipi yang dipanggil “The Complete Southern Cookbook”. Ia mempunyai lebih daripada 800 resipi yang berasal dari daerah Selatan Negara Amerika.

Saya memang berminat dengan makanan-makanan dari bahagian selatan Negara Amerika sebab lazat, berempah dan memang memuaskan kelaparan. Senang dimasak juga!

Ini satu resipi klasik yang senang diikuti 🙂

# – Krim ayam klasik dari Selatan Amerika.

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar mentega
  • 1 tin cendawan, dihiris
  • 1 bawang besar, dicincang
  • 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 1/4 cawan jus anggur putih atau air
  • 500 gram dada ayam tanpa kulit, dipotong menjadi dadu besar
  • 1 sudu teh garam
  • 3/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 sudu teh paprika
  • 1 tin krim sup cendawan
  • 220 gram krim masam (saya ganti dengan yogurt sebab lebih berkhasiat dan murah :D)
  • # – Pertama, buka tin krim sup cendawan dan tuangkan ke dalam krim masam (atau yogurt).

    # – Pukul sehingga digabungkan. Biarkan seketika.

    # – Cairkan dua sudu besar mentega dalam kuali.

    # – Tambah cendawan, bawang dan bawang putih ke dalam mentega dan goreng sehingga wangi.

    # – Tuangkan ayam yang telah didadu.

    # – Diikuti dengan jus anggur putih.

    # – Tambah garam, lada hitam dan paprika. Kacau sehingga rata.

    # – Akhir sekali, tuangkan campuran yogurt dan krim sup cendawan.

    # – Kacau sehingga bergabung dan renihkan selama 5-6 minit lagi.

    # – Krim ayam klasik dari Selatan Amerika, SIAP! Makan dengan dengan roti jagung (juga suatu makanan yang berasal dari Selatan Amerika) atau roti bakar jika anda mahu.

    Hmmm sungguh lazat! Sungguh senang dimasak dan sedap dengan nasi juga. Kalau ada apa-apa soalan tentang resipi ini, silalah tanya ya 🙂

    Saya ni salah seorang daripada kaum wanita yang tidak tahu menggunakan “curling tong”, tak tahu pula apa nama dalam Bahasa Malaysia. Boleh tolong terjemahkan?

    Setiap kali guna “curling tong” ni mesti kena lecur kulit 🙁

    Jadi rambut saya sentiasa digaya lurus atau diikat terus sahaja. Tiap-tiap hari gaya yang sama pun boleh jadi bosan juga kan?

    Tapi kini tidak perlu berbosan lagi! Saya telah menjumpai satu cara menggayakan rambut kerinting tanpa menggunakan “curling tong”.

    Hanya perlukan sarung kaki. Heheheh.

    Apa yang diperlukan:

    • Stoking, beberapa pasang (lebih stoking, lebih kerinting)
    • Botol penyembur yang telah diisi dengan air
    • Perapi rambut tanpa basuh (pilihan)

    # – Isikan air dalam botol penyembur dan masukkan sedikit perapi rambut yang tidak perlu dibasuh.

    # – Nampak macam cendol putih kan? Goncang sehingga sebati.

    # – Sediakan stoking/sarung kaki. Yang bersih saja ya!

    # – Rambut sebelum digaya. Takut tak?

    # – Ambil segengam rambut.

    # – Semburkan campuran air dan perapi kepada bahagian rambut tersebut sehingga lembab.

    # – Sekarang, ambil sehelai stoking dan gulung rambut di sekeliling stoking. Lepas itu, gulung atoking ke arah kulit kepala.

    # – Akhir sekali, ikat stoking. Jangan terlalu ketat.

    # – Ulangi langkah-langkah dengan keseluruh rambut.

    # – Sarung-sarung kaki dalam rambut saya.

    Saya sebenarnya tidur semalaman dengan stoking dalam rambut tetapi ia agak selesa juga.

    Macam ada bantal tambahan, haha. Apabila bangun, langsung tiada sarung kaki yang tertanggal!

    Kalau tak suka tidur dengan sarung kaki, tunggulah sekurang-kurangnya 5 jam.

    # – Apabila dah sedia, tanggalkan sarung kaki satu persatu.

    # – Tanggalkan kesemua stoking dari rambut.

    # – Yay! Dah kerinting!

    # – Boleh tahan selama satu hari di luar walaupun berpeluh kuat, hehe.

    Saya rasa ini cara yang lebih baik untuk membuat rambut kerinting kerana tidak perlu memanaskan rambut 🙂

    Saya amat gembira. Sudah satu tahun sejak kami mengubahsuai rumah dan akhirnya, dapur sudah lengkap. Benar-benar lengkap! Jom menari hehehe.

    Dapur kami mempunyai satu dinding yang berwarna kuning. Rancangannya ialah meletak beberapa rak dan gambar serta sebuah meja aluminium.

    Lebih dari satu tahun kemudian, yang menjadi kenyataan hanya meja aluminium tersebut. Rak-rak dan gambar masih terbiar mengumpul debu. Apa nak buat, susah nak cari masa 🙁

    # – Meja aluminium.

    Sebenarnya saya mempunyai banyak ruang simpanan dalam kabinet dapur, tetapi saya tidak mahu menyimpan bahan-bahan memasak di dalam kerana:

    1. Saya akan melupai lokasi bahan-bahan tersebut.
    2. Saya akan melupai terus bahan-bahan tersebut.

    Jadi, saya letak saja bahan-bahan memasak di atas meja aluminium ini sehingga ruang kerja menjadi kecil. Beberapa hari yang lalu, disebabkan tiada ruang kosong, saya terbakar lengan sendiri semasa memindah kek dari ketuhar 🙁

    Selepas kemalangan itu, barulah nak buat masa untuk mengosongkan ruang meja dan memasang rak.

    # – Mat Salleh memasang skru terakhir untuk rak yang pertama.

    # – Diikuti dengan rak yang kedua.

    # – Beberapa cangkuk turut dipasang untuk menggantung pisang 🙂

    # – Buku-buku resipi dipindah ke dapur dari rak buku di tingkat atas rumah.

    # – Lukisan yang kami beli dari Cambodia akhirnya tidak perlu mengumpul debu dan selamat digantung. Buku-buku resipi di rak teratas dan bahan memasak di rak bawah. Meja sekarang bersih dan luas.

    # – 🙂

    Terima kasih Mat Salleh kerana memasangkan rak-rak untuk saya <3

    Bolehkah sesiapa memberitahu saya nama yang betul dalam bahasa Malaysia bagi “Sticky Date Pudding” ? Pudding Kurma Manis Melekit setakat yang saya boleh terjemahkan. Tak tahu pun samada betul atau salah, hahaha. Minta tolong, ya?

    Resipi ini memang lazat. Kek kurma yang dihasilkan nampak kaya tetapi sebenarnya agak ringan dengan sos karamel yang sedap dan menagihkan 🙂

    # – Puding Kurma Manis Melekit.

    Rahsianya ialah sirap hitam (black treacle) dan yogurt dmemberi puding ini suatu rasa yang tidak boleh dinikmati dengan “sticky date pudding” yang biasa.

    Nah, inilah resipinya!

    Untuk puding:

  • 200g kurma yang telah dikeluar biji dan dicincang
  • 175ml air panas
  • 75ml minyak masak (termasuk beberapa sudu besar untuk disapu pada mangkuk ramekin)
  • 175g tepung gandum (termasuk sedikit untuk menyalut mangkuk ramekin)
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 sudu teh sirap hitam (black treacle)
  • 2 biji telur, dipukul
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 100g gula perang
  • 100g yogurt asli


  • Untuk sos karamel:

  • 100g gula perang
  • 25g mentega
  • 1.5 sudu teh sirap hitam (black treacle)
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • 100g yogurt plain
  • # – Campurkan kurma yang telah dicincang dengan 175ml air panas. Biarkan selama 30 minit untuk menyejuk.

    # – Sementara itu, sapukan minyak masak pada 6 biji mangkuk ramekin dan salut dengan tepung gandum.

    # – Apabila kurma telah sejuk, tambahkan ekstrak vanila, diikuti sirap hitam. Tekan dengan garpu sehingga halus.

    # – Dalam sebiji mangkuk, campurkan gula perang dan minyak masak dan gaul sudu kayu.

    # – Tambah telur yang telah dipukul ke campuran dan kacau.

    # – Dalam mangkuk yang berbeza, masukkan soda bikarbonat ke dalam tepung gandum dan kacau dengan sudu.

    # – Tuang 1/2 tepung gandum ke dalam adunan gula dan kacau sehingga bergabung.

    # – Selepas itu, tambah 100 gram yogurt asli. Kacau sehingga bergabung.

    # – Seterusnya, masukkan tepung gandum yang selebihnya dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama atau kek akan menjadi liat dan keras!

    # – Sekarang, tuangkan kurma ke dalam adunan dan kacau.

    # – Bahagikan adunan kepada 6 biji mangkuk ramekin yang telah disapu dengan minyak/tepung gandum.

    # – Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah Celsius selama 20-25 minit.

    # – Sementara menunggu puding untuk membakar, buatlah sos karamel. Pertama, panaskan gula perang dan mentega dalam periuk atas api yang sederhana. Sentiasa kacau campuran.

    # – Apabila gula telah cair, masukkan esen vanila. Diikuti dengan sirap hitam. Kacau sehingga sebati.

    # – Tutup api dan masukkan yogurt asli. Kacau. Sos karamel kini telah siap 🙂

    # – Keluarkan puding dari ketuhar.

    # – Hidangkan puding dengan sos karamel. Hmmmmmm.

    # – Puding Kurma Manis Melekit, SIAP!

    Puding ini juga boleh dibekukan kalau tak cukut ruang perut! Bila hendak makan, masukkan kek ke dalam mangkuk, tutup dengan filem plastik (pastikan kek tidak menyentuh plastik) dan panaskan dalam ketuhar mikro selama 3 minit. Rasanya segar seperti baru dibuat!

    # – YUMMMMMMM!