“A Pie Thing” ialah sebuah restoran yang dibuka di Damansara Utama baru-baru ini. Dengar nama pun tahulah bahawa makanan yang dijual tentu ialah pai.

Restoran tersebut terletak di barisan kedai yang menghadapi Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

# – Depan kedai “A Pie Thing”.

Walaupun masih belum ada perakuan halal, restoran ini tidak menghidang alkohol ataupun makanan yang tidak halal. Terdapat satu tip yang saya baca di Facebook yang menyatakan bahawa ayam dan daging lembu yang digunakan adalah daripada pembekal-pembekal yang halal. Sejauh mana kebenarannya, saya tidak tahulah.

# – Dibuka dari pukul 4 petang sehingga pai kehabisan.

Walau demikian, semasa menjamu selera, ada juga pelanggan beragama Islam yang mengunjungi jadi saya rasa patutlah agak selamat 🙂

Terdapat pelbagai pai yang manis dan tidak manis.

# – Pai tidak manis: terdapat perisa ayam + cendawan, bebiri, daging, bayam + keju dan lain-lain lagi.

# – Pai manis: terdapat perisa nutella, smores, ubi keledek, epal dan lain-lain lagi.

# – Ada juga sebuah kaunter yang menjual cokelat!

Hiasan dalam restoran ini agak ringkas tetapi masih selesa.

# – Moden dan ringkas.

Ok, bagaimana pula dengan rasa pai-pai di “A Pie Thing”? Secara terus-terang saya tegaskan, SANGAT SEDAP!

Pastri yang rangup dan penuh dengan aroma mentega serta inti yang sedap! Kentang putar dan pes kacang pis juga amat menyelerakan.

Anda boleh memesan kombo istimewa iaitu “The Mashacre” yang termasuk pai, kentang putar, pes kacang pis, kuah dan segelas air ringan/air kosong.

Mereka juga menghidang pelbagai jenis kopi dan teh.

# – Rupa saja yang sama, tapi dua pai yang berlainan. Saya memesan pai ayam + cendawan manakala Mat Salleh memesan pai daging stik. Lazat!

# – Ni satu selfie buatkan!

# – Rupa inti pai daging…sedapppp

# – Rupa ini pai ayam + cendawan.

Sebelum berlepas, mestilah cuba pai manis dahulu. Kami memesan pai smores (isi cokelat dengan gula-gula marshmallow yang telah dipanggang).

# – Pai Smores. Aduh, sedap sungguh!!!!

Kami memang suka dengan “A Pie Thing”. Sebelum ini, kami memang tidak pernah merasai pai yang sedap di Lembah Klang, bahkan di restoran-restoran yang khusus dalam hidangan Amerika atau England sehingga kami serik memesan pai.

Tetapi dengan kehadiran “A Pie Thing”, penghuni-penghuni sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur kini dapat menikmati pai yang sedap 🙂

A Pie Thing
128G, Jalan SS21/35,
Damansara Utama
47400 Petaling Jaya,
Malaysia.
Waktu operasi: 4pm – 12am (atau sehingga pai habis)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *