MINTA MAAF!!! Saya tahu saya telah berjanji untuk mengemaskini belog tetapi akhirnya gagal juga 🙁

Tahap penguasaan Bahasa Malaysia saya juga semakin lemah sehinggaka apabila berbual dalam Bahasa Malaysia, saya perlu berhenti seketika untuk mempertimbangkan ayat-ayat yang sesuai.

Padan muka saya!!!

Tanpa membazir masa, biar saya menulis tentang suatu projek yang amat saya banggakan. Projek lampu kepala kuda saya hehe.

Hairan tak??

Baiklah, mula sekali ini ialah gambar lampu dinding lama kami yang dibeli dari sebuah kedai di Damansara Utama. Lampu ini tidak wujud lagi sebab telah jatuh terhempas ke lantai 🙁

# – Lampu dinding lama.

Walaupun lampu tersebut merupakan lampu yang paling mahal di rumah kami, tetapi ia rosak terlebih dahulu. Itulah akibat membeli barangan buatan Negara Cina…kualiti teruk sekali! T_T Belilah barangan tempatan hehe.

Sebenarnya, hanya penutup lampu sahaja yang tertanggal, tiub lampu masih menyala tapi nampak hodohlah sebab tak ada penutup. Nak beli balik penutup yang sama susah pula.

Tiba-tiba, suatu idea timbul dalam otak kecil saya. Pada keesokan harinya, saya membeli beberapa dawai keluli dari kedai barangan pembinaan dan tisu kraf dari CzipLee.

Saya juga membeli satu paket tepung ubi kayu….agaknya apa yang akan saya buat ya? 🙂

# – Pertama, saya mengukur diameter asas lampu yang sedia dipasang di dinding. Kemudian saya membentuk bingkai mengikut ukuran.

# – Saya mula membina bentuk dari bingkai. Beransur-ansur, ia menjadi ini. Pandangan dari sisi.

# – Pandangan dari belakang. Saya mendasarkan bentuk kepada gambar kepala kuda yang telah dicetakkan dari Google Image.

# – Saya menggunakan playar biasa jadi sendi dawai saya kurang elegan 😛

Sekarang saatnya untuk membuat gam … dengan tepung ubi kayu! Saya rasa seperti telah kembali ke kelas pendidikan seni di sekolah rendah, haha.

# – (1) Masukkan 2 sudu besar tepung ubi ke dalam cawan kecil. (2) Tambah 6 sudu besar air. (3) Gaul sehingga tiada ketulan dan menyerupai susu.

# – (4) Tuang 400 ml air mendidih ke dalam mangkuk. (5) Tuangkan campuran susu ke dalam air panas dan kacau. Ia akan mula memekat. (6) Tambah 5 sudu makan garam dan kacau sehingga larut. (7) Gam ubi kayu, SIAP! Pastikan ia tidak terlalu tebal (tambah air) atau terlalu cair (tambah adunan susu). Hasilnya mestilah nampak berkilat dan melekit.

# – Gunakan berus dan sapukan gam ubi kayu ke bahagian tisu kraf. Lepas itu, liputi rangka dawai dengan tisu kraf. Tidak perlu terlalu terperinci….kalau ada lubang, koyak sedikit tisu kraf dan lekatkan ke atas. Apabila kering, sebarang kesalahan tidak akan kelihatan.

# – Tutup setiap bahagian kecuali bahagian belakang struktur. Kemudian biarkan kering semalaman.

# – Apabila telah kering, gantungkan di atas asas lampu.

# – Kemudian, nyalakan lampu: D

# – Lampu kepala kuda, SIAP!

Sekarang, lampu ini telah menjadi lampu kesayangan saya 🙂

3 Responses to Langkah-langkah membuat lampu kepala kuda.

  1. Juan says:

    sangat kreatif, saya suka

  2. dinsblog says:

    wahhh…kreatifnya.. satu lagi jimat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *