Minta maaf!!! Memang lama tak mengemaskini belog ini.

Beberapa minggu yang lalu, saya bercuti di Pulau Weh, Sumatra dengan Mat Salleh sempena hari jadinya. Selepas pulang dari percutian tersebut, terus saya menjalani pembedahan Lasik untuk memperbaiki penglihatan saya. Tidak perlu memakai cermin mata lagi! Sungguh hebat ya teknologi masa kini!!!

Itulah sebab jarang berbelog, sebab sibut sangat. Sebenarnya hari ini nak bercerita tentang Pulau Weh, tapi alahai…bila dah siap kerja di belog Inggeris saya tu, masa pun dah lewat sangat. Kena luangkan masa untuk memasak dan kemas rumah pula 🙁

Tak apalah, ingatkan nak buat esok tetapi hah, teringat pula akan bertolak ke Negara Vietnam bersama-sama dengan World Vision Malaysia. Rombongan ini untuk melawati komuniti-komuniti yang mengalami masalah kekurangan makanan. Agaknya akan menjadi suatu pengalaman yang sukar dilupai.

Terima kasih kerana masih lagi bertandang di belog ini. Janji minggu depan mesti ada cerita baru ya! Sekian 🙂

Tagged with:
 

3 Responses to Minta maaf!

  1. Juan says:

    saya akan tunggu cerita terbaru nanti

  2. Daisy says:

    kebetulan saya sedang cari maklumat untuk buat Lasik. boleh kongsi maklumat tak? kimberly buat di mana? berapa harga untuk sepasang mata? sakit tak? tak boleh bayangkan bangun tidur tanpa perlu meraba-raba cari spek lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *