Saya memiliki sebuah buku resipi yang dipanggil “The Complete Southern Cookbook”. Ia mempunyai lebih daripada 800 resipi yang berasal dari daerah Selatan Negara Amerika.

Saya memang berminat dengan makanan-makanan dari bahagian selatan Negara Amerika sebab lazat, berempah dan memang memuaskan kelaparan. Senang dimasak juga!

Ini satu resipi klasik yang senang diikuti 🙂

# – Krim ayam klasik dari Selatan Amerika.

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar mentega
  • 1 tin cendawan, dihiris
  • 1 bawang besar, dicincang
  • 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 1/4 cawan jus anggur putih atau air
  • 500 gram dada ayam tanpa kulit, dipotong menjadi dadu besar
  • 1 sudu teh garam
  • 3/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 sudu teh paprika
  • 1 tin krim sup cendawan
  • 220 gram krim masam (saya ganti dengan yogurt sebab lebih berkhasiat dan murah :D)
  • # – Pertama, buka tin krim sup cendawan dan tuangkan ke dalam krim masam (atau yogurt).

    # – Pukul sehingga digabungkan. Biarkan seketika.

    # – Cairkan dua sudu besar mentega dalam kuali.

    # – Tambah cendawan, bawang dan bawang putih ke dalam mentega dan goreng sehingga wangi.

    # – Tuangkan ayam yang telah didadu.

    # – Diikuti dengan jus anggur putih.

    # – Tambah garam, lada hitam dan paprika. Kacau sehingga rata.

    # – Akhir sekali, tuangkan campuran yogurt dan krim sup cendawan.

    # – Kacau sehingga bergabung dan renihkan selama 5-6 minit lagi.

    # – Krim ayam klasik dari Selatan Amerika, SIAP! Makan dengan dengan roti jagung (juga suatu makanan yang berasal dari Selatan Amerika) atau roti bakar jika anda mahu.

    Hmmm sungguh lazat! Sungguh senang dimasak dan sedap dengan nasi juga. Kalau ada apa-apa soalan tentang resipi ini, silalah tanya ya 🙂

    6 Responses to Resipi dari selatan Negara Amerika – Krim Ayam Klasik.

    1. Juan says:

      wah, ini nmpk sangat sedap nih

    2. Nak cuba la resipi ni.. macam sedap!

    3. Ijan says:

      Hi Kim,
      Saya pun selalu minat mushroom soup dari campbell tu. Memang sedap 🙂

    4. rahena says:

      cik kim.. mane nak dapat air anggur putih tuh?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *