Saya ni salah seorang daripada kaum wanita yang tidak tahu menggunakan “curling tong”, tak tahu pula apa nama dalam Bahasa Malaysia. Boleh tolong terjemahkan?

Setiap kali guna “curling tong” ni mesti kena lecur kulit 🙁

Jadi rambut saya sentiasa digaya lurus atau diikat terus sahaja. Tiap-tiap hari gaya yang sama pun boleh jadi bosan juga kan?

Tapi kini tidak perlu berbosan lagi! Saya telah menjumpai satu cara menggayakan rambut kerinting tanpa menggunakan “curling tong”.

Hanya perlukan sarung kaki. Heheheh.

Apa yang diperlukan:

  • Stoking, beberapa pasang (lebih stoking, lebih kerinting)
  • Botol penyembur yang telah diisi dengan air
  • Perapi rambut tanpa basuh (pilihan)

# – Isikan air dalam botol penyembur dan masukkan sedikit perapi rambut yang tidak perlu dibasuh.

# – Nampak macam cendol putih kan? Goncang sehingga sebati.

# – Sediakan stoking/sarung kaki. Yang bersih saja ya!

# – Rambut sebelum digaya. Takut tak?

# – Ambil segengam rambut.

# – Semburkan campuran air dan perapi kepada bahagian rambut tersebut sehingga lembab.

# – Sekarang, ambil sehelai stoking dan gulung rambut di sekeliling stoking. Lepas itu, gulung atoking ke arah kulit kepala.

# – Akhir sekali, ikat stoking. Jangan terlalu ketat.

# – Ulangi langkah-langkah dengan keseluruh rambut.

# – Sarung-sarung kaki dalam rambut saya.

Saya sebenarnya tidur semalaman dengan stoking dalam rambut tetapi ia agak selesa juga.

Macam ada bantal tambahan, haha. Apabila bangun, langsung tiada sarung kaki yang tertanggal!

Kalau tak suka tidur dengan sarung kaki, tunggulah sekurang-kurangnya 5 jam.

# – Apabila dah sedia, tanggalkan sarung kaki satu persatu.

# – Tanggalkan kesemua stoking dari rambut.

# – Yay! Dah kerinting!

# – Boleh tahan selama satu hari di luar walaupun berpeluh kuat, hehe.

Saya rasa ini cara yang lebih baik untuk membuat rambut kerinting kerana tidak perlu memanaskan rambut 🙂

19 Responses to Dapatkan gaya rambut kerinting beralun hanya dengan stoking.

  1. suri says:

    ha..saya suka cara awak..saya pula rambut panjang sangat..dan lurus gerr..sesekali mahu juga bertukar keriting hee..

    saya suka toturial awak 😉

  2. lid says:

    Nice body

  3. Ijan says:

    hahaha… this is novel. Kena patent tau 🙂

  4. suflina says:

    perapi rambut tanpa basuh ? maksudnya?

  5. Zeti says:

    Selain stoking,kite boleh pkai apa lgi untuk kerintigkan rambut?

  6. Ally says:

    tangkai daun ubi kayu. rambut panjang @ pendek boleh jadi.kalau rambut panjang lagi senang nak gulung.Apabila emak kamu masak daun ubi kayu. Jangan buang tangkainya. Nak cuba caranya:-

    1) Ambil tangaki ubi kayu tak perlu di potong.

    2) Sikat rambut macam biasa.

    3) Kalau nak gulung dari atas kepala & rambut anda panjang
    kena pakai tangkai daun ubi banyak sikit.

    4) Untuk rambut panjang & cara lebih mudah:-

    a. Ikat tengah rambut dengan klip rambut (ambil setengah rambut dan klipkan ke atas kepala). Ambil tangkai ubi kayu dan letakkan di hujung rambut anda dan gulung sampai pangkal kepala anda. Dan lipatkan tangkai daun ubi supaya gulungan rambut tidak terbuka.

    b) Kalau bermula dari atas kepala cuma sikat rambut dan ambil sebahagian rambut yang nak digulung. Letakkan tangkai ubi kayu dihujung rambut dan gulung sampai pangkal rambut & lipatkan tangkai ubi kayu supaya gulungan rambut tidak terbuka. (ini untuk rambut yang kerinting lebat)

    Jika kamu inginkan kerinting dibawah saja (-kurang keriting (wave length)depan lebih nampak natural @ zaman sekarang ala-ala korea sytle ) lakukan ulangan A & B tetapi gulungkan rambut anda sampai tengah rambut (jangan sampai pangkal kepala ) Dan lipatkan tangkai daun ubi supaya gulungan rambut tadak terbuka.

    Berapa lama proses pengkerintingan. Rambut individu tidak sama. Ada sesetengah orang rambutnya cepat keriting ada pula rambut seseorang itu susah nak kerinting.

    Untuk rambut yang senang kerinting 45 minit @ 1 jam. Kadang-kadang saya biarkan lebih dari 1 jam. bila nak keluar atau selepas mandi baru saya buka rambut (masa mandi pakai shower cap). Kalau saya ada rancangan nak keluar besok adakalnya saya biarkan semalaman sampai besok pagi selepas mandi baru buka. (Kalau kamu biarkan semalaman tutupkan kepala anda mengunakan tuala kecil supaya masa tidur gulungan rambut tidak terbuka). Iyalah ada sesentengah orang tidurnya lasak .Alih sana -sini dah terbuka. kalau kamu lipat tangkai daun ubi dengan ketat tak ada masalah pakai tuala atau tidak tak ada masalah.

    Zaman sekolah saya dan rakan-rakan selalu keriting dengan cara ni. Budak sekolah mana ada duit nak bergaya tapi inilah cara paling jimat dan selamat. Kamu boleh buat untuk diri sendiri depan cermin @ suruh kawan buat untuk kamu kemudian kamu buat untuk kawan pula.
    Saya teringin nak kerinting rambut di salon selepas 15 tahun dengan gaya rambut lurus, panjang hampir paras pinggang dan sudah bosan. Masalahnya saya fobia selepas kejadian dimana hair dresser menyebabkan rambut saya rosak & sangat hodoh. (rambut yang tadinya lembut, lebat & panjang sudah jadi macam bulu landak- tengok hujung bulu landak kan tajam. ya sebab rambut saya telah di potong layer paras telinga, jadi kasar , dah hangus ( terlalu banyak ubat konon rambut saya terlalu susah nak keriting & panjang sangat.maka di sapu ubat sebanyak 3 kali dan dipotong 3 kali juga). Apabila balik rumah saya di marah oleh bapa saya dan disuruh meluruskan balik rambut walaupun sudah pendek. Bapa saya memang suka rambut saya panjang dan lurus. sekali -sekala saya inginkan perubahan (bosan dengan gaya rambut lurus , layer dak banyak kali dah)
    Saya sangat sedih bila melihat rambut terlalu pendek. Ada perasaan nak menangis pun ada. Tapi apa boleh buat nasi sudah jadi bubur. Cara ni kamu tak perlu conditioner @ pelembap rambut. Tapi kalau nak bagi juga tak salah. Tapi saya sarankan pelembap yang bukan jenis berminyak. Ada sesetangah pelembap seperti serum takut nanti tak jadi. Atau kamu boleh sapukan pelembap seperti serum selepas kamu buka gulungan rambut. (jangan pakai semasa kamu keriting rambut )
    Saya juga tidak mengunakan hair dryer untuk mengeringkan rambut@ pelembap (cream/miyak rambut) untuk melenbapkan rambut dari dulu sampai sekarang kerana saya sangat prihatin dengan keaddan rambut yang lembut & tidak nampak kering. Untuk rambut nampak lembut biasakan diri anda mencuci rambut dengan shampoo & perapi (hair conditioner). Jangan terkejut saya pernah mendengar sesetengah kawan-kawan saya cuma pakai shampoo tanpa perapi.
    Kalau nak mengeringkan rambut tanpa mengunakan hair dryer setiap kali nak keluar. Kamu boleh gunakan Kipas (Switch on kipas dan duduk @ berdirilah di depn kipas sampai rambut kering)ianya lebih selamat , kadang-kadang saya di corridor mendapatkan angin untuk mengeringkan rambut @ duduk di anjung rumah pun boleh. Mungkin nampak leceh atau ketinggalan zaman. Tapi saya suka kerana rambut terasa lebih lembut (tak kering)& dan senang di urus.
    Berapa lama keriting ini boleh bertahan. Keriting ini boleh bertahan selama seminggu . Maksud saya jika seminggu kamu tidak cuci rambut selama itulah rambut kamu keriting tetapi dari hari ke sehari keriting dia mungkin akan berkurang sedikit aptahlah lagi setelah kamu sikat rambut berkali-kali. Kalau kamu gunakan tangan untuk sikat rambut apabila kamu buka gulungan rambut . Paling tidak pun 3 @ 4 hari pun keriting masih seperti baru. Maaf saya tak ada gambar untuk di tunjukkan. Tak sangka ternampak artikel ini. Kalau tinggal di bandar memang susah sikit nak dapatkan tangaki daun ubi. tapi boleh beli daun abi kat pasar malam. Selamat mencuba.

  7. elvanelly says:

    Kalau tiada orang kampung tiadalah wujud orang d bandar.
    bukan ketinggalan zaman tapi zaman lah yang mengubahkan kita.

  8. Sofiena says:

    Wahhhhh,thank you!!!

  9. zihaa says:

    Macam mana nak gulung rambut dengan stokin dan ikat… kan susah

  10. zihaa says:

    Perapi rambut tanpa basuh macam mana..

  11. faza says:

    Tankz sangat..memang nak kerinting pon rambut nie untuk raye nie..tapi da dapat tips nie xpayah la pegi saloon da..just nk tanye xrosak ke rambut kite nanti

  12. faza says:

    Tankz sangat..memang nak kerinting pon rambut nie untuk raye nie..tapi da dapat tips nie xpayah la pegi saloon da..just nk tanye xrosak ke rambut kite nanti

  13. nelly says:

    nice tutorial..thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *