Saya amat gembira. Sudah satu tahun sejak kami mengubahsuai rumah dan akhirnya, dapur sudah lengkap. Benar-benar lengkap! Jom menari hehehe.

Dapur kami mempunyai satu dinding yang berwarna kuning. Rancangannya ialah meletak beberapa rak dan gambar serta sebuah meja aluminium.

Lebih dari satu tahun kemudian, yang menjadi kenyataan hanya meja aluminium tersebut. Rak-rak dan gambar masih terbiar mengumpul debu. Apa nak buat, susah nak cari masa 🙁

# – Meja aluminium.

Sebenarnya saya mempunyai banyak ruang simpanan dalam kabinet dapur, tetapi saya tidak mahu menyimpan bahan-bahan memasak di dalam kerana:

1. Saya akan melupai lokasi bahan-bahan tersebut.
2. Saya akan melupai terus bahan-bahan tersebut.

Jadi, saya letak saja bahan-bahan memasak di atas meja aluminium ini sehingga ruang kerja menjadi kecil. Beberapa hari yang lalu, disebabkan tiada ruang kosong, saya terbakar lengan sendiri semasa memindah kek dari ketuhar 🙁

Selepas kemalangan itu, barulah nak buat masa untuk mengosongkan ruang meja dan memasang rak.

# – Mat Salleh memasang skru terakhir untuk rak yang pertama.

# – Diikuti dengan rak yang kedua.

# – Beberapa cangkuk turut dipasang untuk menggantung pisang 🙂

# – Buku-buku resipi dipindah ke dapur dari rak buku di tingkat atas rumah.

# – Lukisan yang kami beli dari Cambodia akhirnya tidak perlu mengumpul debu dan selamat digantung. Buku-buku resipi di rak teratas dan bahan memasak di rak bawah. Meja sekarang bersih dan luas.

# – 🙂

Terima kasih Mat Salleh kerana memasangkan rak-rak untuk saya <3

7 Responses to Ubahsuai dapur kini sudah siap.

  1. fiza says:

    nampak simple tp sgt kemas..rak atas tu leh jimat sapce kn dr kena beli almari buku..hehe

  2. Kimberlycun says:

    terima kasih fiza! sebenarnya saya ada almari buku, cuma ia berada d tingkat atas jadi malas nak naik atas turun bawah apabila nak memasak, jadi pindah je kesemua buku resipe ke dapur haha.

  3. Ijan says:

    Banyaknye buku masakan Kim. Teruja saya tengok. Saya suka mengumpul juga cuma masalah nya ruang kan. Buku saya sekarang banyak di dalam kotak di dalam stor. Sayang nya 🙁

  4. Selly says:

    hai kim..
    jalan2 cari design dapur terjumpa blog ni..
    chantekkk sgt idea letak brg2 cooking mcm tu..
    suka sgt… 🙂

  5. Ayu says:

    Kim yg comel..
    kat mana Kim beli meja aluminium dan rak tu pula beli di mana? saya nak juga!

  6. Amir renovation says:

    Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *