Bolehkah sesiapa memberitahu saya nama yang betul dalam bahasa Malaysia bagi “Sticky Date Pudding” ? Pudding Kurma Manis Melekit setakat yang saya boleh terjemahkan. Tak tahu pun samada betul atau salah, hahaha. Minta tolong, ya?

Resipi ini memang lazat. Kek kurma yang dihasilkan nampak kaya tetapi sebenarnya agak ringan dengan sos karamel yang sedap dan menagihkan 🙂

# – Puding Kurma Manis Melekit.

Rahsianya ialah sirap hitam (black treacle) dan yogurt dmemberi puding ini suatu rasa yang tidak boleh dinikmati dengan “sticky date pudding” yang biasa.

Nah, inilah resipinya!

Untuk puding:

  • 200g kurma yang telah dikeluar biji dan dicincang
  • 175ml air panas
  • 75ml minyak masak (termasuk beberapa sudu besar untuk disapu pada mangkuk ramekin)
  • 175g tepung gandum (termasuk sedikit untuk menyalut mangkuk ramekin)
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 sudu teh sirap hitam (black treacle)
  • 2 biji telur, dipukul
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 100g gula perang
  • 100g yogurt asli


  • Untuk sos karamel:

  • 100g gula perang
  • 25g mentega
  • 1.5 sudu teh sirap hitam (black treacle)
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • 100g yogurt plain
  • # – Campurkan kurma yang telah dicincang dengan 175ml air panas. Biarkan selama 30 minit untuk menyejuk.

    # – Sementara itu, sapukan minyak masak pada 6 biji mangkuk ramekin dan salut dengan tepung gandum.

    # – Apabila kurma telah sejuk, tambahkan ekstrak vanila, diikuti sirap hitam. Tekan dengan garpu sehingga halus.

    # – Dalam sebiji mangkuk, campurkan gula perang dan minyak masak dan gaul sudu kayu.

    # – Tambah telur yang telah dipukul ke campuran dan kacau.

    # – Dalam mangkuk yang berbeza, masukkan soda bikarbonat ke dalam tepung gandum dan kacau dengan sudu.

    # – Tuang 1/2 tepung gandum ke dalam adunan gula dan kacau sehingga bergabung.

    # – Selepas itu, tambah 100 gram yogurt asli. Kacau sehingga bergabung.

    # – Seterusnya, masukkan tepung gandum yang selebihnya dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama atau kek akan menjadi liat dan keras!

    # – Sekarang, tuangkan kurma ke dalam adunan dan kacau.

    # – Bahagikan adunan kepada 6 biji mangkuk ramekin yang telah disapu dengan minyak/tepung gandum.

    # – Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah Celsius selama 20-25 minit.

    # – Sementara menunggu puding untuk membakar, buatlah sos karamel. Pertama, panaskan gula perang dan mentega dalam periuk atas api yang sederhana. Sentiasa kacau campuran.

    # – Apabila gula telah cair, masukkan esen vanila. Diikuti dengan sirap hitam. Kacau sehingga sebati.

    # – Tutup api dan masukkan yogurt asli. Kacau. Sos karamel kini telah siap 🙂

    # – Keluarkan puding dari ketuhar.

    # – Hidangkan puding dengan sos karamel. Hmmmmmm.

    # – Puding Kurma Manis Melekit, SIAP!

    Puding ini juga boleh dibekukan kalau tak cukut ruang perut! Bila hendak makan, masukkan kek ke dalam mangkuk, tutup dengan filem plastik (pastikan kek tidak menyentuh plastik) dan panaskan dalam ketuhar mikro selama 3 minit. Rasanya segar seperti baru dibuat!

    # – YUMMMMMMM!

    6 Responses to Resipi Puding Kurma Manis Melekit atau sticky date pudding.

    1. Juan says:

      wah, kimberly pandai masaklah, good good, nampak sangat sedap, ni yang rasa lapar nih… 🙂

    2. Ijan says:

      Rasa macam dah betul yang Kim translate tu. Mungkin tanpa perkataan ‘Manis’ ok lagi? hehe… 🙂

    3. Daisy says:

      boleh saja dipanggil puding kurma. tak perlu disebut melekit atau manis kerana semua orang tahu kurma manis dan melekit.

    4. Princess Ida says:

      Memang sedap,siapa yang belum cuba,baiklah cuba buat

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *