Ada beberapa kriteria yang saya mahu untuk baju pengantin gaya barat saya.

Renda & lengan.

Saya tidak pasti berapa banyak renda atau berapa panjang lengan tetapi seperti yang saya beritahu beberapa orang kawan, saya mahu kelihatan dan berasa seperti anak dara pada hari perkahwinan saya. HEHEHEHEHEH.

Saya pasti mahu ada “veil” atau tudung? Bolehkah dipanggil sebagai tudung? Kalau ada sesiapa yang boleh memberitahu saya bagaimana menyebut “veil” dalam Bahada Malaysia, silakan! Segala bantuan amat dihargai πŸ™‚

Ni saya sudah lekat muka saya di atas gambar-gambar ini biar lebih senang nak pilih hahahaha.

# – Saya agak suka gaya ini, walaupun tidak pasti tentang kolar bentuk V. Bahagian bawah pula saya suka habis!

# – Bahagian atas mengingatkan saya kepada kelambu nyamuk, tetapi saya suka juga, sebab ada sedikit gaya tradisional.

# – Saya suka lepas bahu, lengan panjang dan terbuka. Tidak suka skirt, terlalu labuh.

# – Lebih kurang sama dengan gambar di atas, tapi dengan lengan yang lebih pendek. Takut nampak tembam pula.

# – Agak suka dengan penampilan ini secara keseluruhan walaupun tiada lengan.

Apa pandangan cik-cik & puan-puan sekalian?

10 Responses to Inspirasi baju pengantin :)

  1. Juan says:

    pada pandangan saya, anda pakai apa pun tetap kelihatan cantik.. πŸ™‚

  2. Ijan says:

    I vote for number satu dan last. Cantik lah hehe πŸ™‚

  3. Daisy says:

    veil= layah

  4. Daisy says:

    saya suka yg ketiga sebab awak kecil molek nampak comel je. Bahagian bawah boleh ambil nombor 1 atau last macam ikan duyung tu. yang pertama pun cantik tapi nampak lebih dewasa dan elegan macam Kate Middleton. Dah buat keputusan?

  5. EMY says:

    veil = LAYAH (dalam bahasa Melayu)

  6. Vielen Dank! Wollt ich nur sagen.

  7. philipduckgo says:

    Hi, my name is Philip Duck!

    I`m a professional writer and I`m going to change your lifes onсe and for all
    Most of my poems were sold throughout Canada, USA, China and even Australia. Also I`m working with services that help people to save their time.
    People ask me “Please, Philip, I need your professional help ” and I always accept the request, `cause I know, that only I can save their time!

    Academic Writer – Philip Duck – Hub4Sacred Heart Band

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *