Beberapa hari yang lalu, semasa menyambut Hari Jadi seorang kawan, Mat Salleh bertanya kepada saya tentang “lynas” yang asyik disebut oleh kawan-kawan di Facebook dan Twitter. Saya berkata, “Tak tahu. Tak peduli…setiap orang sedang membantah sesuatu setiap hari”.

Jadi dia pergi ke Google dan kemudian memberitahu saya, “Oh, tentang rare earth“.

Huh? Apa?

Rare earth. Awak tidak tahu apa it rare earth?”

Tidak?

“Dungu”, Mat Salleh panggil saya.

Sudah dekat subuh apabila kami sampai ke rumah tetapi kami tidak tidur, sebaliknya kami menonton televisyen. Tidak lama kemudian, Mat Salleh pun akhirnya terbabas di katil.

Walaubagaimanapun, saya masih belum bersedia untuk tidur. Mungkin sebab semasa menonton TV, saya “termakan” beberapa keping coklat. Mata tak nak lelap langsung.

Untuk membuang masa, saya melayar Internet dan teringat tentang “lynas”. Lalu saya membuat carian Google dan dua buah laman web yang muncul ialah http://savemalaysia-stoplynas.blogspot.com/ dan http://stoplynas.org/.

Apa yang saya baca tentang Lynas memang menakutkan saya. Mengapa?

Inilah ringkasan bagi apa yang saya baca:

1. Lynas pada dasarnya adalah sebuah syarikat Australia yang akan membina sebuah kilang pemprosesan “rare earth” di Gebeng yang kira-kira 30km dari bandar Kuantan, Pahang. Projek itu telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia.

2. Jadi, apakah itu “rare earth”? “Rare earth” ialah nadir bumi dalam bahasa Malaysia. Nadir bumi merupakan mineral-mineral yang berunsur RADIOAKTIF.

3. Secara ringkas, apa yang akan dilakukan oleh kilang Lynas ini ialah membuang unsur-unsur radioaktif daripada mineral nadir bumi supaya apa yang tinggal boleh digunakan dalam pelbagai industri, khususnya elektronik.

4. Apabila sebahagian daripada sesuatu yang dibuangkan, maknanya sisa akan terhasil. Dalam kes Lynas, unsur-unsur radioaktif yang dikeluarkan daripada mineral nadir bumi akan menjadi sisa-sisa RADIOAKTIF.

5. Lynas tidak akan menghantar sisa-sisa radioaktif kembali ke Australia, kerana larangan kerajaan Australia . Jadi sisa-sisa radioaktif tersebut akan dilupuskan di Malaysia.

6. Errrr…bagaimana ia akan dilupuskan di Malaysia?

7. Sesetengah pihak menyatakan bahawa sisa radioaktif tersebut akan dibuang ke Laut China Selatan. Sesetengah berkata ia akan dibuang di permukaan tanah seperti apa yang berlaku di Bukit Merah. Ya, saya tahu, kan? Saya juga tidak tahu bahawa kita sebenarnya telah mengalami bencana radioaktif di Malaysia sebelum ini!

8. Kemudian saya segera membuat lagi satu carian Google, “Berapa jauhkah penyebaran radiasi?”. Jika anda berada dalam 50km dari sumber radiasi, sah berada dalam zon hangus.

9. Dan radiasi tidak berhenti merebak. Tahap radioaktif hanya menjadi semakin kurang apabila semakin jauh dari sumber tetapi IA TIDAK BERHENTI.

10. Maksudnya, walaupun kita berada di Lembah Klang, 260 kilometer dari Kuantan, kita masih menghadapi risiko.

11. Saya juga bimbang tentang saudara-mara saya di Mentakab walaupun 140 kilometer dari kilang Lynas agak jauh.

12. Sumber makanan kami, sumber makanan laut, sumber air….semuanya akan menghadapi risiko.

13. Jika Jepun boleh gagal untuk mempertahankan kilang pemprosesan kuasa nuklear mereka sendiri, berapa banyak kepercayaan yang boleh saya letakkan ke dalam kerajaan kita dan sebuah syarikat Australia untuk memastikan kehidupan kita bebas daripada bencana radioaktif?

14. 5 tahun? 15? 25 tahun? 30 tahun adalah kira-kira maksimum dan pada masa itu, saya masih hidup, mungkin dengan anak cucu.

15. Atau mungkin tidak, sebab pendedahan kepada radiasi menjejaskan fertiliti.

Saya percaya kita perlu memberitahu semua orang yang kita kenal tentang Lynas. Baca tentang Lynas. Luahkan perasaan anda tentang Lynas. Jangan abaikan kebimbangan anda, dungu atau tidak.

7 Responses to Apa itu LYNAS – pendapat seorang yang dungu.

  1. Natural says:

    Hi,
    Komen dan ulasan yang mudah difahami oleh orang ramai. (^^)v
    Teruskan usaha anda dalam penulisan Bahasa Malaysia.

  2. greenpis says:

    sekiranya kita mengambil kes bukit merah untuk dibandingkan dgn lynas,adalah sesuatu yg tidak adil kerana adakah bahan nadir yang proses itu sama..?
    apa yang perlu kita fikirkan tentang lynas adalah tahap radioaktif .
    adakah tahap radioaktif itu tinggi atau tidak?adakah bahaya atau tidak bahaya..?

    • z says:

      bukan itu, yg perlu difikirkan kenapa Malaysia?????
      tak kira brape tahap radiasi ….yg penting rakyat Malaysia…sudare n sahabat2 kite…dan diri kite sendiri…org kaye bulehla pegi luar negeri tmpat selamat bagaimana rakyat kebanyakan…so yg penting kenapa pilih M’sia n knapa kraaan stuju dan sanggup mempertaruhkan nasib rakyat yg memilih mereka sebagai pemimpin…inikah balasananyer??

  3. manzed says:

    dengan ini, saya mengajak semua orang menyertai himpunan rakyat pd 12 januari di stadium merdeka. dengan memakai baju warna merah.

  4. Park says:

    Apa kburukanya?? Apa kebaikanya?? Jika tiada kebaikan dan hanya terdapat kburukan wlaupun 1 kburukan mengapa mesti krajaan luluskan, mengapa Australia sniri x mahu bina klang di negara mreka?? Sbb mereka bijak dan krajaan yng menitik beratkan masa depan negara dan rakyat?? Mengapa kita perlu izinkan Australia buang najis di tmpat kita, sangup krajaan Msia trima najis dibuang kemari olh krana si pembuang najis byar Mlaysia dgn berjuta2. Inikah maruah Malaysia hanya dngn bayaran sebegitu Malaysia tergadai, Soalan saya apa hak kerajaan Malaysia Meluluskan tnpa perstujuan Rakyat yng punya hak sbagai rakyat, mengapa menabaikan hak bersuara rakyat, adakah ini definisi sebenar kerajaan tentang hak rakyat. Tindakan Kerajaan hari ini mengambarkan tindakan masa dpan, jika hari ini kerajaana memperlekehkan hak rakyat, bgaimana pula di hari muka. Jika 100% tiada bahayanya kpada kita krajaan sekarang saya sifatkan sebagai x profesional kerana membuat tindakan melulu. Jika sekiranya Ayah kita yng membeli rumah yng kita tinggal sekrang pandai memberi salam sebelum masuk apa lagi kerajaan. Perlukah negara kita dijadikan sebagai medan uji kaji sama ada ianya berbahaya atau tidak?? Jika semurah itulah tanah tumpahnya darahku yng diperjuangkan oleh pejuang terdahulu, silakan buat promosi untuk negara lain, dan kita mentimun yng ranun hari ini tnggu saja dilenyek durian.

  5. Amir says:

    terima kasih unhtuk maklumat ini.banyak membantu. 🙂
    kerajaan malaysia tk berfikir sblm bertindak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *