Buat pertama kali dalam sejarah percintaan kami, kami berkeputusan untuk bercuti bersama kedua-dua ibu tersayang kami.

Selama empat hari, dari Kuala Lumpur ke Hatyai ke Pulau Pinang dan kembali semula ke KL, mereka terpaksa untuk duduk bersama di dalam kereta, berjalan-jalan bersama, makan makanan yang sama, tidur di dalam bilik yang sama dan pada masa yang sama, berurusan dengan dua ekor monyet iaitu anak lelaki & anak perempuan mereka.

Hehehehe.

Makan yang pertama untuk percutian ini adalah ayam kukus terkenal Ipoh, tauge dan mi teow kueh. SEDAPPP! Terus-terang, saya boleh makan kuehteow Ipoh setiap hari.

# – Saya dan ibu.

# – Mat Salleh dan ibu.

Saya tidak percaya bahawa kami telah mengambil masa yang begitu panjang sebelum mengaturkan percutian ini. Sepatutnya dibuat awal-awal lagi kerana bercuti dengan kedua-dua ibu memang bes 🙂

Misalnya, apabila kami pergi berenang, tentu ada seseorang yang akan membawakan tuala atau losyen pelindung matahari. Ataupun apabila kami keluar meneroka, seseorang mesti ada sebotol air minumum ataupun topi untuk berteduh dari sinaran perik matahari.

# – Topi luarbiasa yang dipinjam dari mak sebab saya ni puteri lilin 😛

Boleh juga selamba memakan snek dan membuat kecoh di bilik mereka sehingga lewat malam dan lepas itu pulang ke bilik kami yang bersih dan tenteram, haha.

# – Berbising di bilik ibu.

Jadi, saya tak tahulah samada ibu-ibu kami gembira dengan percutian ini, tetapi kami sah gembira! Haha.

# – Mummy mengambil gambar ikan.

# – Mom mengambil gambar pasar terapung.

# – Kedua-dua berjalan turun sebuah bukit di Hatyai Municipal Park.

Ia adalah kali pertama kami melihat pasar terapung di Hatyai. Ia cukup mengkagumkan. Pelbagai barangan makanan dan kebanyakan dijual untuk 20Baht sahaja, lebih kurang RM2. Murah dan menyeronokkan!

# – Di jambatan yang menuju ke ke pasar terapung.

Di Hatyai, terdapat seorang penjual baju yang amat suka dengan Mat Salleh. Dia asyik memujuk Mat Salleh untuk membeli baju daripadanya sambil memaksa sebuah penyangkut baju di antara kaki Mat Salleh????

# – Mat Salleh kelihatan terlalu gembira kan?

Dan apabila dia enggan untuk membeli apa-apa, penjual baju tersebut terus memeluk Mat Salleh dengan agak ketat.

# – Fuh, penyayang betul!

Kami membeli-belah agak banyak. Kami membeli kacang gajus, buah-buahan kering, air soda dan banyak lagi.

Mat Salleh juga membeli saya suatu set periuk berjenama Anolon yang mempunyai asas yang diperbuat daripada tembaga dan selamat digunakan dalam ketuhar sehingga suhu 260 darjah selsius! Ketuhar saya pun tak panas sampai itu, maksima cuma 230 darjah je.

Maaf, ceramah suri rumah terlebih: P

# – Kereta begitu penuh sehingga tidak dapat melihat menerusi cermin belakang.

Dari Hatyai, kami memandu ke Pulau Pinang untuk bermalam di situ. Walaupun percutian ini memang menyeronokkan, ada juga memori yang kurang sedap. Macam hal orang ini yang memaki-hamun agak lama dalam kereta sebab tersekat di dalam kesesakan jalan semasa hendak melihat pertunjukkan cahaya di kuil Kek Lok Si, kuil cina yang paling besar di Pulau Penang.

# – Dalam kesesakan lalulintas yang gila selama lebih satu jam untuk melihat ini.

Sudah tentu, orang itu adalah saya 😛 Akhirnya, saya terpaksa kencing di belakang sebuah kereta sambil diperhatikan oleh ibu saya. Nyaris-nyaris membanjiri kereta tersebut dengan kencing saya 😛

Kami meninggalkan Pulau Pinang dengan menaiki feri, pengalaman yang sempurna untuk mengakhiri percutian kami.

# – Pada dek atas feri.

Dengan itu, saya mengakhiri belog ini dengan gambar seekor kerbau di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang. Ia mempunyai sepasang bola yang panjang dan besar!!!!

# – Kerbau rambang.

Semoga anda mengalami hujung minggu yang baik!

3 Responses to Bercuti di Hatyai & Pulau Pinang dengan kedua-dua ibu.

  1. Rum says:

    hi kimberly! comel sangat you cuba cakap BM. saya tengah plan holiday ke penang so tengah tengok2 hotel Penang dekat agoda. you ada suggestion tak?

  2. Kimberlycun says:

    hallo rum! saya cuma pernah tinggal di Hydro Hotel di Batu Feringi – OK, bersih & interior sedikit tua tapi murahlah I suka :), G Hotel di Gurney – bagus & moden, Northam Suites di Gurney – bagus & bilik besar, Golden View Serviced Apartment dekat Gurney – bagus & bilik luas.

  3. Rum says:

    terima kasih kimberly! nanti saya check out hotel2 yang you suggestkan tu 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *