Saya rasa sangat tertekan dengan perancangan majlis perkahwinan saya. Saya mula sedar bahawa majlis ini bukan tentang saya & Mat Salleh lagi, tetapi tentang orang lain juga. Terutamanya ibubapa. Mungkin ini masalah orang cina yang mesti ada “muka” walaupun terhadap orang-orang yang tak kenal sangat. Kena buat majlis perkahwinan yang mewah-mewah belaka.

Kadang-kadang, saya rasa macam saya kena merancang suatu majlis perkahwinan yang paling sempurna, romantis dan susah dilupai. Kadang-kadang pula, saya rasa macam nak masak sendiri dan jemput 50 orang kawan yang rapat ke rumah saja. Tak ada reben, belon atau bunga langsung.

# – Nah, ni muka saya sekarang.

Pada hari yang lepas, saya twit hendak melarikan diri dengan kekasih. Seseorang menjawab, bertanya kepada saya, “Eh, I ingat you dah kahwin?”. Dan kemudian saya sedar…..saya dan Mat Salleh memang dah kahwin dari sisi undang-undang. Walaupun tanpa majlis, kami telah berkahwin! Jadi mengapa saya rasa sungguh tertekan tentang majlis ini? 🙁

Mungkin saya sedih sebab majlis perkahwinan ini sepatutnya diadakan untuk meraikan saya & Mat Salleh tetapi nampak sekarang, akan melibatkan orang-orang lain yang saya mungkin saya tak pernah berjumpa langsung!

Mengapalah saya mesti membuat jamuan dengan 9 hidangan cina apabila saya hanya nak makan tiram dan sup? Mengapa saya mesti adakan majlis ini di hotel 5 bintang apabila saya nak adakan di sebuah taman? Mengapakan saya perlu menjemput orang-orang yang saya tak pernah jumpa?

Tak lama dulu, saya menghadiri majlis perkahwinan “garden” seorang kawan. Semasa makan, saya terdengar salah seorang daripada saudara kawan saya yang lebih tua mengadu tentang makanan dan cuaca panas, dengan suara yang kasar. Wah, marahnya saya ketika itu, terasa nak beri penampar panas kat muka perempuan tua itu. Saya tak faham mengapa ada orang yang sebegitu mementingkan diri sehingga lupa untuk berasa gembira bagi pasangan baru tersebut.

Saya harap manusia-manusia sebegitu akan berhenti dan berfikirkan tentang tenaga negatif yang mereka sebarkan di majlis perkahwinan seseorang! Berhentilah dan cuba untuk berasa gembira!

Haih, harap-harap saya dapat mengumpul keberanian yang cukup untuk mengambil balik majlis perkahwinan saya. Kalau tidak…sayanglah 🙁

2 Responses to Tertekan sebab majlis kahwin :(

  1. fiza says:

    haihhh takut nak tgk entri bila ltk gmbr dinosor tu berbaju pengantin tu.hahhaha

  2. Ijan says:

    Owh, kesiannya kat Kimberly. Saya harap Kimberly happy happy selalu kerana majlis perkahwinan sepatutnya majlis yang gembira kan. Best of luck! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *