Alamak, nak minta maaf lagi 🙁 Dah lama tak menulis belog ni. Haih!

Ini pasal mak mertua saya tengah melawat. Nun jauh di sana Negara Britain dia datang, jadi mestilah anak mertua baru ni layan macam ratu buat sebulan.

Seronok juga melayan mak mertua saya. Dia tu sentiasa tersenyum dan suka berbual. Tak macam mak-mak mertua kat TV yang cepat marah dan kuat cemburu hehe.

# – Nah, inilah mak mertua saya. Gambar ni ditangkap di pejabat Mat Salleh.

Tapi kadang-kadang rasa macam kebebasan terhilang sedikit. Maklumlah ada orang tua di rumah, kena jaga juga tingkah laku. Tak boleh nak suka-suka duduk tengok TV sambil berkemban!

Ok, sekian tentang topik mak mertua. Gambar-gambar yang diambil semasa pendaftaran perkahwinan di Putrajaya dah siap pun!

Jurugambar kami tu Cik Anna-Rina. Memang pandai dia mengambil gambar! Mula-mula agak bimbang sebab takut nampak tembam tapi Cik Anna-Rina memang pandai cari “angle”, sehingga saya nampak lagi cantik dari biasa, hehehe. *Perasan*

# – Semoga kekal abadi.

# – Gambar dengan ibubapa dan kedua-dua adik lelaki saya selepas kami selamat berdaftar 🙂

# – Salah-satu gambar pasangan yang diambil oleh Cik Anna-Rina. Yang ini merupakan kegemaran saya sebab kami nampak gembira dan rilek 🙂

Sekian sahaja belog kali ini. Harap-harap tak perlu nak tunggu lama lagi sebelum ada masa untuk menulis lagi. Salam sejahtera!

Tagged with:
 

One Response to Tentang mak mertua dan gambar pendaftaran perkahwinan.

  1. Ijan says:

    Kimberly and husband, congratulations on your wedding. Wishing you all happiness and great company for the rest of your lives. Semoga happy happy selalu. Both of you look gorgeous 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *