Maaf dipinta kerana sangat sibuk dengan Tahun Baru Cina. Memang ingin sangat untuk berbelog tetapi agak sukar kerana sentiasa melawat rumah kawan dan saudara-mara. Hari ini dah hari ke-tiga bagi tahun baru cina jadi adalah sedikit masa untuk bernafas dan menulis belog, hehe.

Saya memasak untuk makan malam sempena Raya Cina untuk keluarga tercinta. Makan malam ini penting sebab ia suatu tradisi di mana ahli-ahli keluarga mestilah bersatu dan bermakan malam bersama sebelum Tahun Baru Cina (TBC).

Ada lagi kru dari TV3 yang datang membuat penggambaran semasa saya tengah memasak. Dengar macam glamer, tapi hahaha janggal sungguh!

# – Jurugambar dari TV3. Glamer habis! Hehehe.

Kan saya buat muka profesional semasa memotong cili padi, tapi cili degil sangat asyik melayang ke lantai dapur -_- Tak berkesempatan untuk menonton MHI sebab disiang pukul 6.30pagi Isnin lepas, masih tidur melayan mimpi lagi. Harap-harap muka tak nampak tembam sangat la kat TV.

Nah ni la juadah-juadah yang say masak untuk makan malam tersebut…

# – Ayam mabuk (maaf tak halal), cendawan & tauhu, ikan kukus, udang tomato, sayur campur dan timun acar. Sup daging di dapur tak tangkap gambar. Yang berwarna-warni atas piring besar tu ialah Yee Sang, macam salad ikan mentah dan dimakan supaya diberkati dengan tuah baik, kesihatan baik dan duit wang la hehehhe. Banyak kerja nak buat Yee Sang, jadi saya beli dari Jusco je…

Hari pertama TBC memang panas, pastu hujam lebat!!! Tak ingat langsung raya cina yang ada hujan, biasanya panas dan kering tau? Trafik di Kuala Lumpur juga banyak. Agaknya ramai yang tak balik kampung tahun ini. Raya Cina ni mestilah pergi lawat-melawat.

# – Dalam perjalanan ke rumah saudara dengan adik laki saya. Bergaya tak adik laki saya?

Ayah saya baru-baru ini membeli telefon Android. Macam budak kecil dapat permainan baru haha asyik menunjuk-nunjuk!

# – Di sini, dia cuba membuat pakcik saya bermain kad dengan telefonnya. Pakcik saya tak rela langsung sebab katanya, susah nak naik main sebab susah nak tengok dengan telefon kecil, nak main kad yang betul.

Pada hari yang kedua, saya melawat nenek sebelah mak, pak cik, mak cik, sepupu dan anak-anak mereka. Gembira apabila berjumpa dengan mereka. Isteri sepupu sulung saya tengah mengandung lima bulan, yay!

Sebelum pulang, nenek saya memberi sebuah angpau yang agak besar. Katanya, hadiah untuk perkahwinan saya. Katanya lagi, “Wang tak banyak tapi agaknya cukup untuk sepasang anting-anting. Kalau tidak, belilah sepasang cermin mata baru ya”. Saya hampir menangis sebab rasa tersentuh hati sangat.

Walaupun saya memang tidak memerlukan wang tersebut, tetapi terasa macam cucu yang paling disayangi di dunia. Saya takkan membazirkan wang tersebut. Saya akan beli suatu barang kemas yang cantik dan boleh sentiasa dipakai oleh saya supaya sentiasa boleh mengingati nenek. SAYANGGGGGGG POPO <3 Saya juga mencuba daging salai (bakkua) yang dibuat dengan daging itik buat kali pertama. Biasanya dibuat dengan daging tak halal (sorry), tapi yang versi itik ini pun sungguh lazat! Seseorang di Facebook berkata ia harus dipanggil duckkua, hehe. # - Tiada bulu itik.

Ok lah, sekian sahaja belog saya. Harap-harap boleh berbelog dengan lebih kerap lagi.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina!! Untuk yang tak sambut Raya Cina ni, selamat bercuti!

3 Responses to Raya Cina 2012.

  1. Emmet says:

    untung la dapat masuk TV, hehe

  2. shila says:

    maksud u “tak dibayar pun”?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *