Entah mengapa mereka menukar reka bentuk cukai jalan. Reka bentuk yang lama kan baik?

Mungkin yang baru punya nampak lebih kemas dan cantik, tetapi tiada amaran yang memberitahu bahawa pelekat cukai jalan baru boleh merosakkan atau mengotorkan cermin kereta!

Selepas setahun di bawah cahaya matahari, cukai jalan akan siap terlekat sampai susah untuk dikupas. Rasanya, setiap rakyat Malaysia yang berkereta mungkin pernah melalui situasi berikut:

# – Situasi tragis 1.

# – Situasi tragis 2.

Malah, saya tahu ada orang yang langsung tak membuang cukai jalan yang dah tamat tempoh, sebab takut cermin rosak. Jadi mereka hanya menampar cukai jalan baru bersebelahan dengan yang dah tamat tempoh dan lam-kelamaan, 1/2 cermin dah dikerumuni dengan cukai-cukai jalan. Ayah saya merupakan contoh hehehe.

Kedai-kedai aksesori kereta seperti Brother atau Eneos menjual stiker lutsinar untuk melekat cukai jalan. Mereka juga menjual stiker yang berjenama tapi saya lebih suka dengan yang lutsinar tanpa sebarang warna atau nama.

# – Pelekat lutsinar untuk cukai jalan.

Apa yang anda perlu lakukan hanya lamina cukai jalan di kedai buku, letakkan atas stiker dan sejurus itu, lekatkan ke atas cermin kereta.

# – Cukai jalan yang telah dilamina.

Walau bagaimanapun, oleh kerana saya terlalu kedekut, saya memutuskan bahawa membayar RM2.50 untuk melamina cukai jalan setiap tahun adalah agak mahal. Selain daripada itu, saya juga malas untuk mencari tempat letak kereta berhampiran kedai buku.

Jadi, setelah berfikir seketika, suatu idea sampai ke otak saya!

Tuan-tuan dan puan-puan… plastik clingwrap! Salah satu item yang paling biasa dalam rumah seseorang.

# – Keluarkan plastik clingwrap dan balutkan pada permukaan meja. Gunakan tuala atau tisu untuk meratakannya.

# – Dengan berhati-hati, kupas cukai jalan.

# – Lekatkan cukai jalan ke atas plastic clingwrap.

# – Sekarang, kupas plastic clingwrap dari permukaan meja.

# – Potong plastik yang berlebihan di sekitar cukai jalan dengan gunting.

# – Lipat ke dalam plastik yang berlebihan di sekitar cukai jalan.

# – Cukai jalan yang dibalut dengan plastik cling wrap, SIAP!

# – Letakkan cukai jalan yang telah dibalut dengan plastik clingwrap ke atas stiker kereta dan selepas itu, lekatkan pada cermin kereta.

# – Menggantikan cukai jalan tanpa merosakkan cermin kereta, SIAP!

Sila cuba 🙂

2 Responses to Bagaimana mengganti cukai jalan tanpa merosakkan cermin kereta.

  1. Ijan says:

    Wah kreatif idea Cik Kimberly ni. Jimat RM2.50 tu kan 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *