Wanita yang berpenampilan menarik semasa memasak….bagaimana mereka melakukannya?

Sementara wanita-wanita tersebut mencincang, mendidih dan memukul dalam baju yang bersih & feminin dengan postur yang sempurna dan rambut yang sempurna dan kuku yang rapi, saya cuba untuk mengimbangi beberapa manik peluh di hidung saya dengan harapan mereka tidak akan jatuh ke dalam masakan saya.

Walaupun lelah, mereka lelah dengan penuh gaya.

Misalnya, baju teman lelaki yang jatuh melepasi bahu, hanya mendedahkan sedikit kulit.

Misalnya, sebiji manik peluh yang hanya mengalir dari leher ke dada. Bahagian badan lain tak kena peluh langsung!

Misalnya, jari-jemari yang sentiasa bersih menolak rambut yang ikal mayang dari dahi lembut.

BAGAIMANA MEREKA MELAKUKUNYA? Ada tak sekolah yang saya boleh masuk untuk belajar?

# – Serius?

Apabila saya memasak, saya memakai t-shirt buruk supaya tak sakit hati apabila kotor.

Saya memakai baju teman lelaki suami juga, tetapi hanya kerana mereka merupakan t-shirt percuma, longgar dan selesa.

Saya mengikat rambut kerana cuaca panas bukan sebab gaya terkini.

Kadang-kadang, saya memakai bandanna untuk mencegah peluh saya dari mencemari makanan.

Aduhai…

Sekarang, anda akan melihat rupa saya semasa di dapur. Harap-harap jangan terlalu takut 😛

# – Adegan seram.

Okay, sekarang gambar muka cun sedikit supaya anda boleh lupakan gambar seram itu!

# – Rupa di luar dapur.

Happy Monday!

12 Responses to Muka dapur.

  1. Aleyn says:

    HEhehe…i pun kalau kat dapur pakai baju tak senonoh gak….yang penting bukan baju jalan..hehe

    Sis…..kagum ngan malay words you….sekali baca macam malay blogger jer…

    Nice knowing you…

    • Kimberlycun says:

      haha terima kasih aleyn! saya ada banyak kesilapan lagi terutamanya tatabahasa dan penggunaan perkataan yang betul. kalau ada silap salah, sila beritahu ya 🙂 nice knowing you too!

  2. Emmet says:

    hey, can i ask you something? how can i make my blog layout look like your blog? what i mean is how to remove the thumbnail thing and make it like others normal blog?

  3. fiza says:

    mlsnya nak melawa kt dapur..pakai bju buruk je..hihi

  4. Ijan says:

    Owh kimberly, i was laughing so much reading your post. Hilarious! 🙂

    Tak apa lah tak cun melecun pun dok di dapur. Tambah pula kita masak dengan segala macam bau ada kan. Diorang masak guna salt and black pepper je, percik ke baju pun malu2 saja. tak macam masakan kita. hahaha 😀

  5. pataniah says:

    Hi Kimberly, saya suka blog anda 🙂
    dan juga usaha yang bagus untuk berbahasa Malaysia…jangan bimbang kalau x cantik di dapur…normal le tuu…dorang yang kat tv tu nampak cantik sebab nak masuk tv atau majalah…sebab tu kene jaga penampilan…kita tak tau camane rupa dorang kalau masak kat umah tanpa orang lain nampak…kan?kan? hehehehe yang penting kita ‘happy’ ‘happy’ ‘happy’….

    • Kimberlycun says:

      terima kasih pataniah 🙂 betul tu, i pernah cuba pakai cantik-cantik dengan makeup sekali untuk masak…tak boleh langsung hahaha

  6. shila says:

    lucunya kalau berpakaian vogue bila nak memasak. bukan tak boleh, tp bau masakan tu melekat dibaju. tapi, saya selalu pastikan yang selepas memasak saya akan mandi dulu sebelum makan, kerana tak suka minyak yang melekit kat lengan dan muka, dan lebih elok mandi sebelum makan untuk elak perut buncit 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *