Beberapa gambar yang diambil dengan telefon bimbit saya:

# – Mat Salleh vs kerusi merah jambu.

Kami sedang makan di sebuah restoran di SS2. Rasanya Mat Salleh tak duduk langsung sebab takut kerusi patah hahaha. Malah, kerusi-kerusi di restoran ini terlalu kecil untuk saya!

Kami akan mengelak restoran tersebut sehingga mereka menukar perabotnya. Susah hendak makan sambil bimbang tentang kerusi patah 😛

# – Sarapan pagi.

Salmon salai & telur dadah atas roti bakar yang dibuat oleh Mat Salleh tercinta bagi saya. Lazat 🙂

# – Saya akan memecahkan muka anda.

Saya beli cincin ini semasa berkeliaran di sebuah pusat membeli-belah sambil menunggu filem Sherlock Holmes 2 untuk bermula. Saya tidak biasanya memakai cincin tetapi sejak memakai cincin pertunangan, saya rasa seperti jari-jemari terlalu kosong pula.

Selain rupa, saya rasa reka bentuk cincin ini sangat praktikal terutamanya jika ada orang yang cuba mencuri cincin pertunangan saya. Saya jamin cincin ini akan digunakan dengan betul, iaitu membuat perhubungan dengan muka sesiapa yang cuba menyentuh berlian saya 😛

# – Kapal angkasa telah mendarat!

Mak yang memberi objek aneh ini kepada saya. Kepada yang tidah tahu, ia sebuah pengukus rambut lama. Ketika masih muda, saya sering memasukkan keseluruh kepala saya ke dalam untuk mengukus muka saya. Enjoy 😛

Sebenarnya, mak memberikannya kepada saya sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan. Difikirnya saya perlu mengukus rambut dalam krim dan produk rambut supaya rambut cantik dan berkilat pada hari perkahwinan. Thanks mom!

Tadi saya periksa untuk melihat sama ada seluruh kepala saya masih muat di dalam. Ia muat. Sekali lagi saya dibelenggu oleh persoalan mengapa kepala saya masih belum membesar dari segi saiz 🙁

Tagged with:
 

10 Responses to Gambar-gambar rambang.

  1. eryati says:

    mat salleh kena pura2 mcm duduk…eheheh..ala2 p ramlee…

  2. Emmet says:

    wah, entry yang bagus, blog ni pun lawa, keep up the good work! 😀

  3. Ijan says:

    Hi Cik Kimberly yang cun,

    I like your blog, simple and clean. 🙂
    I love your effort to learn bahasa malaysia too. MAybe the mat saleh can learn some words from you as well 🙂

  4. aimaniman says:

    tentu adik ni ada kamera/ hp sentiasa sbb ada je gambar yg boleh disnap spontan .. menarik dan tertarik la plak akak nak tengok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *