Wow, hari ini hari minggu yang terakhir bagi tahun 2011! Untuk hari yang istimewa ini, biar saya paparkan beberapa keping gambar.

# – Dalam perjalanan ke pendaftaran perkahwinan kami, lebih kurang pukul 7 pagi.

Kami tidak tidur langsung sebab terlalu teruja. Matahari belum pun keluar, terus kami memandu ke Putrajaya.

Alangkah terkejutnya saya apabila pada lebih kurang pukul 9pagi, kakitangan pejabat pendaftaran melarang kami untuk berkahwin disebabkan sehelai seluar jeans!

Kami terpaksa memandu pulang tanpa berkahwin kerana Mat Salleh memakai seluar jeans! Mereka tidak berganjak sama sekali. Kata perempuan di kaunter, “Kalau kita berpakaian rasmi, anda kena juga berpakaian rasmi”.

ARRGHH, bayangkan perasaan saya masa itu. Hampir-hampir nak cekik Mat Salleh!!!

Akhirnya, kami pulang juga ke rumah (dalam masa yang singkat, entah berapa saman akan sampai). Selepas itu, Mat Salleh terus memakai seluar “corduroy” dan kami juga membawa sehelai seluar kerja sebagai jaminan. Nasib baik sebelum pukul 12 petang, kami selamat berkahwin, hehehe.

# – Charlie & topi lucu.

Memperkenalkan…anjing kesayangan kami, Charlie. Ini muka Charlie yang acuh tak acuh apabila dipaksa memakai topi lucu.

# – Jamuan hari jadi untuk Kerol. Dengan kek ais krim lagi sebab Kerol tak makan kek punya.

Kerol dilahirkan pada 24 December, iaitu hari sebelum Krismas. Parti kejutan tersebut diadakan di Restoren TJ Haus di Subang Jaya. Ia adalah salah satu jamuan yang paling seronok! 🙂 Oh, makanan di TJ Haus sedap juga, terutamanya itik panggang. Yums!

Ok, minta maaf sebab tak banyak gambar yang dipaparkan 😛

Selamat Menyambut Tahun Baru!!! 🙂

Tagged with:
 

2 Responses to Hari minggu terakhir buat 2011.

  1. Juan says:

    tahniah diatas perkahwinan anda. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *