3 hari lagi sebelum tahun baru. Wow!!

Melihat senarai resolusi untuk tahun 2011, saya rasa saya telah mengecapi pencapaian yang agak baik! 7 daripada 13 resolusi telah tercapai, ok kan? 🙂

  • Dapatkan lesen menyelam (supaya saya boleh berhenti snorkeling).
  • SIAP! Perkara terbaik yang pernah saya lakukan untuk diri sendiri. Tak sangka saya boleh suka sangat kat laut dan pantai 🙂

  • Memperbaiki rupa kereta saya (tukar kit badan, pasang sistem audio yang terbaru, mungkin cat semula)
  • Memandu ke Thailand.
  • Menyelam di Negara Thai.
  • SIAP! Kan dah pergi Koh Lipe? 😀

  • Menyelam di Filipina.
  • Mewarna rambut saya (kali terakhir saya membuat demikian adalah 10 tahun yang lalu.)
  • SIAP! Dah warnakan rambut 3 kali sebenarnya. Potong rambut sampai pendek lagi…berani betul saya!

  • Mengambil kelas nyanyian(kerana saya tidak mahu membazirkan DNA yang hebat, ahem).
  • Mengambil kelas jahitan (supaya saya boleh menjahit dengan betul).

  • Membaik pulih sekurang-kurangnya satu perabot lama.
  • SIAP! Saya telah mewarnai sebuah meja lama dengan cat perak. Dalam proses tersebut, saya turut mewarnai lantai halaman rumah dengan cat perak sehingga Mat Salleh bengang hahahaha. Akhirnya saya kena bersihkan dengan perlahan-lahan menggosok lantai tersebut barulah Mat Salleh berhenti memberi muka masam kat saya 😛

  • Campakkanlah kesemua kasut lama saya dan menggantikan mereja dengan yang baru
  • SIAP! Saya tidaklah membuang kesemua kasut lama saya. Hanya yang rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi. Membazir tau? 🙂

  • Lari setiap hari agar kesihatan bertambah baik.
  • Beli lebih baju baru. Sebab tak beli langsung tahun lepas (nak jimat duit beli rumah).
  • SIAP! Adalah beli baju baru, tapi tidak sebanyak yang dimimpikan, hehehe.

  • Dan akhir sekali, bakar kek!!!!
  • SIAP! Bakar lebih daripada sekadar kek, saya juga telah membuat pelbagai jenis masakan istimewa!

Jadi, untuk tahun 2012 …

1. Saya berikrar untuk mencapai kesemua resolusi yang tidak tercapai pada tahun 2011 di atas (6 saja).
2. Saya berikrar untuk memperbaiki penglihatan saya dengan rawatan Lasik.
3. Saya berikrar untuk membuat kek crockenbouche.
4. Saya berikrar untuk menjaga rambut saya dengan lebih baik daripada yang biasa.
5. Saya berikrar untuk melancong ke luar negeri dengan lebih kerap.
6. Saya berikrar untuk menggantung gambar-gambar pada dinding rumah kami yang kosong buat masa kini.
7. Saya berikrar untuk membaca sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan.
8. Saya berikrar untuk berfikiran positif dan optimistik.
9. Saya berikrar untuk menjadi pemaaf dan bersabar.
10. Saya berikrar untuk bersyukur dan berterima kasih atas segala-galanya, tidak kira bagaimana remehnya.
11. Menggali lubang di belakang rumah saya, jadi apabila dunia berakhir, saya boleh bersembunyi di dalamnya.

Hehehehe, hanya bergurau untuk resolusi yang terakhir 😛

Jumlahnya hanya 16 resolusi yang perlu dicapai tahun depan. Marilah!

Selamat tahun baru 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *