Okay, saya sudah berdiet selama 3 hari. Hari-hari makan salad sampai benci melihat sayur 🙁

Sebabnya saya mahu nampak kurus pada hari pendaftaran perkahwinan pada Jumaat ini!

Hah! Baru saja bertunang, dah nak berkahwin dah?

Sebab hari pendaftaran itu memang sudah ditetapkan lama sebelum Mat Salleh meminang.

Biasanya orang meminang dulu, pastu menetap tarikh pendaftaran (tak pasti pula kekawan Islam) tapi Mat Salleh pula buat terbalik, hehehe.

Sebenarnya saya sekarang tengah mendandan rambut di salon kat Mont Kiara. Nak warna, potong sedikit, pastu buat treatment. Harap-harap tak nampak macam hantu pagi esok!

# – Kat sebuah salon rambut yang dimiliki oleh orang Jepun.

Kawan baik saya, Lainey memberi sepasang rantai yang cantik kepada saya sebagai hadiah pendaftaran perkahwinan 🙂

# – Cantik tak?

Selepas mendandan rambut, Mat Salleh dan saya akan pergi membeli baju baru. Semua nak baru macam raya hehehe.

Memang terasa sedikit gementar. Harap semua berjalan dengan lancar esok 🙂

Tagged with:
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *