Wah, lamanya saya mencari penterjemahan ke Bahasa Malaysia untuk “popcorn”. Hampir putus asa tapi nasib baik rakan-rakan Twitter yang menolong. Akhirnya saya mendapat tahu bahawa popcorn dikenali sebagai bertih jagung atau jagung tembak dalam Bahasa Malaysia :) Terima kasih!

Ia bermula dengan kawan saya yang membawa balik bertih jagung jenama Garrett dari Singapura sebagai cenderahati. Wah, SEDAPNYA popcorn Garrett!

Sungguh sedap sehingga saya masih mengidam memakan popcorn walaupun sudah habis! Jadi, kerana ingin memuaskan keinginan memakan popcorn, saya memutuskan untuk membuat bertih jagung istimewa di dapur saya sendiri!

# – Jagung tembak karamel istimewa.

Untuk bertih jagung/popcorn:

  • 1/4 cawan bertih jagung kering (yang mudah didapati di seksyen rempah kat pasaraya)
  • 60 ml minyak masak



  • Untuk karamel:

  • 125 gram mentega
  • 3/4 cawan gula demerara (anda boleh menggunakan gula biasa)
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu teh serbuk paprika, ikut sukahati
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam, ikut sukahati
  • 1 sudu teh serbuk cili, ikut sukahati
  • # – Pertama, tuangkan minyak ke dalam periuk bersaiz sederhana dan tunggu sehingga ia menjadi sangat panas. Untuk menguji jika minyak cukup panas, baling sebiji jagung kering dan apabila ia “menembak”, maka minyak sudah sedia diguna.

    # – Apabila minyak sudah sedia, tuangkan kesemua bijian jagung kering dan tutup serta-merta dengan tudung periuk.

    # – Tekan tudung periuk tersebut. Tidak lama kemudian anda akan mendengar banyak bunyi “pop”. Bagaikan muzik yang sedap! Dengan perlahan-lahan, goncang periuk tersebut supaya bertih-bertih jagung mengembang dengan rata.

    # – Apabila bunyi “pop” telah berhenti, ini bermakna bertih jagung telah selamat dimasak! Macam ilmu sihir, haha!

    # -Tuangkan jagung tembak ke dalam mangkuk adunan yang besar dan biarkan ia menyejuk.

    # – Pada masa yang sama, tuangkan kesemua bahan-bahan untuk membuat karamel ke dalam kuali yang telah dipanaskan pada suhu yang sederhana. Saya memperisa karamel saya dengan paprika, lada hitam dan cili serbuk untuk memberi sedikit oomph. Anda boleh memperisa karamel tersebut dengan pelbagai rempah yang lain, gunalah kreativiti anda :)

    # – Sentiasa kacau campuran tersebut.

    # – Kacau sehingga campuran menjadi cair, berwarna lebih perang gelap dan agak berbuih (kira-kira 10 minit). Sesetengah orang suka untuk memasak karamel sehingga sangat gelap (untuk rasa yang lebih kaya) tetapi mudah terbakar.

    # – Segera tuangkan karamel ke dalam bertih-bertih jagung dan gaul dengan 2 sudu besar sehingga popcorn disaluti karamel secara rata. Campuran yang dikendali sangat panas ya, jadi berhati-hati! Sentiasa kacau supaya jagung-jagung tidak akan melekat bersama. Gaul sehingga karamel telah sejuk.

    # – Jika anda mendapati jagung tembak sedikit berminyak, tuangkan bertih jagung ke tuala dapur untuk menyerap minyak.

    # -Jagung tembak karamel istimewa, SIAP!

    Sungguh murah, sungguh mudah, sungguh lazat dan sungguh ranggup!!! Sila cuba ya :)

    2 Responses to Resipi popcorn atau bertih jagung atau jagung tembak karamel yang istimewa.

    1. redza says:

      Penulisan yg baik dan menarik… :)

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>