Hari ini menandakan ulang tahun ke-7 kami. 2555 hari selepas Mat Salleh dan saya bertemu buat kali pertama di KL Sentral. Agak sukar dipercayai bahawa kami telah menghabiskan 7 tahun yang lalu bersama-sama kerana rasa cinta saya buat Mat Salleh masih kuat bagai bertemu semalam sahaja.

# – Salah satu gambar kami yang terawal, diambil pada tahun 2004.

Kami sering berbual,sehingga kadang-kadang saya tertanya pada diri sendiri adakah ia normal. Saya juga percaya bahawa saya tidak begitu rapat dengan rakan-rakan wanita kerana Mat Salleh memainkan peranan teman wanita yang saya tumpahkan hati & jiwa. Sekarang, mulalah saya bimbang samada rakan-rakan wanita saya akan menganjurkan majlis “hen do” untuk saya 😛

# Pada malam majlis prom kolej saya pada tahun 2005.

Kami hanya tidak berbual-bual apabila salah seorang daripada kami tengah bekerja, menonton TV atau apabila kami tengah tidur. Oh ya, apabila kita tengah bergaduh juga. Walaupun pergaduhan kami hanya berlangsung selama 15 minit sebelum salah seorang daripada kami akan mengetuk bahu yang lain dengan lembut sambil bertanya, “Boleh kawan balik?”.

# – Dalam perjalanan ke suatu jamuan pada tahun 2005.

Jika ditanyakan masa saya menentukan bahawa Mat Salleh merupakan Yang Satu untuk saya, ia tentulah semasa dia memandu ke Singapura untuk dua kali dalam satu hari bagi saya. Saya baru saja berhenti kerja di Singapura (kerana terlalu rindu kepadanya) dan dia sepatutnya datang ke Singapura untuk membantu saya memindah barangan dan membawa saya kembali ke Malaysia buat selama-lamanya.

Kali pertama, dia sampai imigresen hanya untuk menyedari bahawa dia telah terlupa pasportnya. Jadi dia gostan atas jalan sehala, U-turn, dan memandu pulang ke PJ, dapatkan pasportnya semula, makan 3 karipap dalam satu sedutan dan memandu laju sehingga sampai ke Singapura, buat sekali lagi.

# – Pada hari lahir dia yang ke 30-an pada tahun 2008.

Anda pernah dengar tentang berkahwin dengan orang yang anda suka berlancong bersama?

Apabila anda hendak pergi berlancong, anda sering akan terlibat dengan dalam keadaan yang luar biasa. Jadi, jika suatu pasangan boleh menangani keadaan ini dengan harmoni, saya rasa anda boleh mengendalikan apa-apa jua keadaan bersama-sama!

Mat Salleh merupakan rakan kongsi pelancongon terbaik saya; kami mempunyai tahap tenaga yang sama, perasaan ingin tahu sama & sikap yang sama. Apabila kita tertipu di luar negeri, kita mentertawakan diri kami sendiri. Apabila kami menemui suatu yang bagus, kami akan berjabat tangan 😛

# – Percutian pertama kami bersama-sama – Pula Redang pada tahun 2005.

# – Kembali semula ke Pulau Redang – 2011.

Ya, saya akan berkahwin dengan rakan pelancongan terbaik saya. Ya, kalau anda masih tidak tahu, Mat Salleh telah meminang! Ia berlaku secara mengejut semasa kami tengah bercuti di Koh Lipe, Negara Thai. Sebenarnya kami berdua telah menetapkan tarikh untuk berkahwin dah, jadi saya memang tidak menjangka bahawa dia akan meminang secara mengejut.

Siapalah yang meminang selepas tarikh perkahwinan telahpun ditentukan? Rupa-rupanya, seseorang seperti Gareth saya 🙂

Apabila saya bertanya mengapa dia masih meminang walaupun telah mengetahui bahawa saya akan berkahwin dengan dia, Mat Salleh jawab, dia hendakkan saya mempunyai sesuatu yang manis dan romantis untuk diingati. Dia mungkin telah meminang secara tidak konvensional, tetapi dia memang berjaya membiri kejutan yang besar untuk saya!

Kami bercuti dengan kawan-kawan kami di Koh Lipe, Thailand. Ia merupakan malam terakhir kami di pulau itu dan kami mengambil keputusan untuk menamatkan percutian kami dengan bermabuk di pantai dengan alkohol bebas cukai yang kami bawa masuk dari Pulau Langkawi.

# – Berminum bir di Pattaya Beach, Koh Lipe pada 26 November 2011. Masih tidak tahu apa yang akan berlaku semasa gambar ini diambil.

Toleransi alkohol saya memang lemah jadi Mat Salleh cuba dengan sedaya-upaya untuk mengelakkan saya daripada tertidur. Dia asyik memberi jus oren kepada saya sehingga saya jelak!

Masa itu, saya ingat dia hanya takut untuk mengheret saya balik ke bilik dalam pasir tetapi rupa-rupanya, dia ada rancangan yang berlainan….

Berikut adalah video pinangan terkejut itu:

Terima kasih kepada Horng yang mengambil video. Terima kasih kepada Terence yang mengambil gambar. Terima kasih kepada rakan-rakan saya – FA, Kerol, Zess, Yuki & Celine. Kerana kamu semua, saya akan mempunyai memori yang berharga untuk dinikmati buat selama-lamanya.

# – Gambar kumpulan kami!!

Ia merupakan kejutan yang sempurna 🙂

Pantai yang indah, rakan-rakan yang mesra, cincin yang menakjubkan, anda yang menakjubkan.

# – Cincin 🙂

# – I love you Mat Salleh! Semoga hubungan kami berpanjangan dan sentiasa seronok!

One Response to Kami sudah bertunang!

  1. […] Sebab hari pendaftaran itu memang sudah ditetapkan lama sebelum Mat Salleh meminang. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *