Semalam kan, tiba-tiba beridam hendak makan “scone” atau skon dalam Bahasa Malaysia. Skon ni macam cucur udang bagi orang putih masa minum petang. OK, sebenarnya hanya Mat Salleh yang mengidam saja, tapi dia berjaya mempengaruhi saya 😛

Saya sedikit teragak-agak pada mulanya nak makan skon sebab nak jaga badan tetapi apabila laki saya menawarkan diri untuk membuat skon, saya pun terima saja lah 🙂

# – Skon dengan jem strawberi dan krim.

Membuat skon mungkin melibatkan bahan-bahan yang mudah & asas, tetapi jika tidak berhati-hati kemungkinan besar akan terhasil ketulan yang terlalu keras. Itu sebab saya kagum dengan Mat Salleh kerana walaupun pertama kali membuat skon, mereka sangat LAZAT!

Bahan-bahan:

  • 350g tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 85g mentega bergaram (salted butter), dipotong
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 175ml susu
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 telur, dipukul
  • # – Sebelum anda mula membuat skon, hangatkan susu dalam ketuhar mikro atau panaskan dalam periuk/kuali. Jangan mendidih, cuma nak hangatkan sedikit sahaja.

    # – Kemudian, tambah satu sudu besar jus lemon ke dalam susu.

    # – Diikuti dengan satu sudu teh ekstrak vanila. Biarkan susu tersebut.

    # – Sebelum anda lupa, panaskan dulang bakar di dalam ketuhar pada suhu 220 darjah Celsius.

    # – Sekarang mari kita mula membuat skon. Tuangkan tepung gandum ke dalam mangkuk adunan.

    # – Kemudian, tambah serbuk penaik.

    # – Diikuti dengan mentega yang telah dicincang.

    # – Geserkan mentega dan tepung bersama-sama sehingga menyerupai serbuk roti (bread crumbs).

    # – Sekarang, tambah gula dan kacau sehingga bergabung.

    # – Tuangkan susu yang disediakan awal tadi dengan cepat ke dalam campuran.

    # – Denganpisau atau pemotong pastri, kerjakan campuran sehingga ia menjadi doh yang lebih kurang sebati.

    # – Tuangkan doh ke atas permukaan yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung gandum.

    # – Perlahan-lahan menguli campuran dan hati-hati agar tidak terlalu kuat dikerjakan. Kemudian leperkan doh sehingga kira-kira 4 inci tebal (kala hendak skon yang lebih tinggi, boleh bentukkan sehingga 5 inci).

    # – Dengan pemotong bulat (5-6cm), potong doh dan letakkan di atau dulang yang telah dipanaskan tadi. Jika anda tidak mempunyai pemotong bulat, anda sentiasa boleh potong dengan cawan atau mangkuk.

    # – Berus permukaan dog dengan telur yang telah dipukul sebati.

    # – Bakar dalam ketuhar pada suhu 220 darjah Celsius selama 10 minit atau sehingga perang keemasan.

    # – Skon sedap, SIAP!

    # – Makan dengan jem yang berkualiti tinggi dan krim. SEDAPNYA…..

    Mudah dibuat dan sungguh lazat. Rangup di luar, ringan dan lembut di tengah. Asalkan doh tidak dikerja terlalu kuat, skon yang terhasil tidak akan terasa keras 🙂 Selamat mencuba!

    Tagged with:
     

    13 Responses to Mat Salleh membuat scone atau skon. Inilah resipinya!

    1. eis says:

      ha kim, seronok baca blog anda. sebenarnya akak baru je lepas buat skon, tapi keraslah pulak. Satu hari nanti nak cuba resepi kim ni pulak..

    2. shila says:

      Menarik. Btw, krim tu krim apa ya? buat sendiri atau ready made?

      • Kimberlycun says:

        hello shila! krim itu sebenarnya ialah “Whipping Cream” dengan 35% lemak yang telah dipukul selama beberapa minit sehingga “keras”. Boleh dibeli di Jaya Grocer, Cold Storage etc di bahagian keju/mentega. Kalau nak cepat boleh beli terus “Whipped Cream” (tapi lebih mahal) kerana ia adalah sama dengan “Whipping Cream” yang telah dipukul.

    3. shila says:

      Thanks, Kim. Blog awak ni interesting; funny pun ada bila dibaca. Teruskan berblogging 🙂

    4. AMir MUs says:

      elo, 🙂
      nak tanya telur sebiji tu hanya untuk glaze saje ke? or masukkan dalam adunan and remove only 1 tblsp for glazzing?

    5. AMir MUs says:

      I dah buat tadi, sedap la cam beli kat bakery.. cam tak pecaya, senang jer nak buat.. :)sy add 1/2 cup raisin.. I tak letak telur, just glaze dengan buttermilk, sprinkle some sugar & cinamon powder.. ermmmmmm nyum2

    6. AMir MUs says:

      terima kasih sebab bagi resepi yg inovatif, dah tips2 yg berguna.. :-p

    7. kak yun says:

      Nak try,,,
      wish me luck hehe,,,

    8. Anis sapura says:

      Tqsm kongsi resepi…
      saya x berapa suka scone
      tapi seorg rakan telah menghidangkan scone sewaktu saya berkunjung kerumahnya
      sejak itu saya jatuh hati bila mkn scone
      cuba buat sendiri…
      ternyata anak 2 dan suami suka mkn…
      resepi ni pun bagus😊

    9. Ila Ishak says:

      Terima kasih Kim atas resepi nya. Saya baru balik dr Cameron Highlands siang tadi. Teringat ingat keenakan scone di hilltop Cafe di teaBoh valley tu. Sambil siapkan laundry gagahkan jari cari resepi he he

    10. Elizabeth Moris says:

      Hello . Guna susu apa ?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *