Pagi ini saya muncul di NTV7 Show The Breakfast Show dengan Pete dan Fixaa, pasangan suami isteri yang merupakan pengasas Reach Out. Saya dijemput untuk bercakap tentang pengalaman saya mengedarkan makanan kepada golongan yang merempat di Kuala Lumpur.

Saya gembira untuk berkongsi pengalaman, walaupun hati memang gementar sebab pertama sekali muncul di televisyen secara siaran langsung. Naz dan Aishah Sinclair, hos-hos The Breakfast Show, masing-masing hensem dan lawa! Mereka sungguh baik, tak sombong langsung!

Pendandan rambut NTV7 memberi saya rambut pembaca berita, hehehehe. Cun tak?

# – Tingginya rambut saya 😀

Selepas itu, saya menelefon ibu saya (yang dengan bangganya mengumumkan pada profil Facebooknya bahawa anak daranya muncul kat TV) untuk bertanya bagaimana “persembahan” saya. Dia kata, “Hmmm, baju tu buat you nampak tembam sikit la”.

TERIMA KASIH MAK! T_T

Tetapi segala diampunkan, sebab mak dan ayah melawat rumah saya tadi dengan membawa buah tangan – sepasang payung besar dari bank CIMB (sebab musim hujan) dan satu berkas makanan kegemaran saya (sebab tak cukup tembam, hahaha).

SAYANGGGGGGGGGGGGGGGGGG MUMMY DAN DADDY!!!!

Tagged with:
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *