Sekarang dah pukul 5 pagi. Baru pulang dari makan.

Sebelum itu, saya dan Mat Salleh menyertai salah satu aktiviti oleh REACH OUT, sebuah organisasi yang mengedar makanan kepada orang yang merempat di Kuala Lumpur, bandar “indah” kita. Kami bermula pada pukul 11:30 malam dan selesai pada pukul 3:30 pagi.

Reach Out adalah sebuah organisasi NGO yang tidak berasaskan politik atau agama. Ia bertujuan untuk menyediakan makanan, sokongan perubatan dan latihan kemahiran kepada mereka yang tiada tempat tinggal supaya pada satu hari, mereka dapat menyertai semula dan menyumbang kepada masyarakat.

Saya mendapat tahu tentang REACH OUT melalui TLC Promise Me, yang saya bekerjasama untuk mengumpul dana bagi membeli katil hospital untuk Goo Tyng Tong pada tahun lepas.

Hidup merempat ini merupakan suatu masalah yang unik. Ia tidak mendapat perhatian atau simpati berbanding dengan masalah yang lain, katakan…anak-anak yatim. Entah mengapa, tetapi ramai yang berasakan bahawa kehidupan merempat ini akibat kemalasan.

Eh, orang-orang yang kehilangan tempat tinggal ada kaki & tangan, mengapa mereka tidak boleh mendapatkan pekerjaan? Betuk tak?

Pada malam ini, saya faham bahawa apabila seseorang kehilangan tempat tinggal, ia bukan disebabkan oleh kemalasan. Cuma, kadang-kadang, terdapat orang yang memang bernasib malang.

# – Mereka bukan berkelah.

Kadang-kadang, terdapat orang yang mempunyai ibu bapa yang miskin dan tidak berpendidikan.

Kadang-kadang, terdapat orang yang hamil dan bersuamikan lelaki yang mendera mereka.

Dan kadang-kadang, apabila alam semesta berasa bosan, bahkan terdapat orang yang mempunyai ibubapa miskin tidak berpendidikan DAN JUGA suami gila yang memukulnya semasa dia hamil 6 bulan.

Terus-terang katakan, banyak situasi yang dihadapi oleh orang-orang merempat ini yang tidak dapat dibayangkan oleh golongan kelas pertengahan macam kita. Sangat sedih 🙁

# – Jom bersiar-siar di parit monsun.

Jadi….kemalasan? Alangkah baiknya kalau mereka mempunyai masa untuk bermalas.

Setelah melihat apa yang saya nampak malam ini, saya sedikit malu dengan rasa tidak puas hati terhadap kehidupan saya. Sebenarnya, saya sangat, sangat, sangat, teramat sangat bernasih baik bila dibandingkan dengan orang-orang yang saya jumpa tadi.

Saya bersyukur saya mempunyai harta-benda dan terutamanya orang-orang yang menyayangi saya.

One Response to Bersyukur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *