Sudah lebih seminggu saya tidak menulis blog dengan betul. PMS kot, senang saya menjadi marah. Bangun lewat, marah. Hujan lebat, marah. Baca Twitter, marah. Semua saya marah. Tiada kesabaran untuk sesiapa, terutamanya Mat Salleh. Kesian laki tu.

Saya juga lama tidak memasak, hanya makan di luar sahaja. Itu juga buat saya marah. Padan muka sebab makan di luar kerap sangat sampai badan rasanya dah naik 3 kilo – tak boleh dipastikan sebab saya takut nak timbang. Juga jerawat berkerumun di muka sehingga ada satu parut jerawat yang dah hitam legam. Rasa macam melihat Timothy Tiah apabila saya melihat diri di cermin (maaf Tim, penampilan tersebut tidak sesuai untuk saya).

Walaubagaimanapun, tidak semua suram & sedih, ada juga detik-detik di mana saya benar-benar gembira. Seperti sesi stimbot di rumah Cass yang indah. Cass memang murah hati….banyak makanan laut yang sedap-sedap belaka! Terima kasih Cass!

# – Stimbot mewah.

Seperti biasa saya pergi dengan buah tangan – manisan buatan sendiri. Sudah lama saya ingin membuat sebuah kek seperti kek tiramisu yang terkenal dari Restoren Alexis, jadi saya buatlah untuk kali yang pertama. Sebab kali pertama kan, jadi tak pasti kek tu jadi atau tidak.

# – Detik kemenangan apabila kek tidak runtuh dan berjaya dikeluarkan dari acuan 🙂

# – Kemudian kek ditaburi kacang kemiri dan badam yang disaluti gula (praline). Muka merajuk sebab kawan asyik mencuri kacang saya!

# – Kek Tiramisu Alexis Tiruan, SIAP!

Mat Salleh kata kek tiramisu ni satu usaha yang sangat baik. Tapi, sebab saya ni amat kritikal kan, jadi saya fikir kek span boleh dibuat dengan ringan lagi, coklat boleh dilebihkan lagi dan isi krim keju tu boleh diperbaikkan lagi. Satu-satu benda yang saya OK ialah kacang-kacang praline.

Beberapa hari kemudian, terdapat satu parti Halloween yang saya kena hadir. Mula-mula, saya hendak pergi sebagai Wanita Comot (maksudnya: baju koyak, seluar pendek Donald Duck lama saya dan hiasan jaringan rambut yang saya pakai ke rumah Cass di atas). Tetapi, tiba-tiba inspirasi untuk membuat tiara hitam pula datang ke otak kecil saya jadi akhirnya saya berpakaian sebagai Angsa Hitam Bajet.

# – Gelungkan pengikat plastik (cable tie) di seluruh “hair band”. Pastikan pengikat hitam dan hair band berwarna hitam.

# – Kemudian, potong sehingga berbentuk tiara!

# – Angsa Hitam Bajet, SIAP! Kalau nak tahu, saya mengikuti tutorial solekan ini.

Itu sahaja. Bai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *