Pada suatu hari, seekor bangsat mengetuk cermin sisi kereta saya hingga tertanggal bersih. Pilu hati melihat keadaan Suzuki Swift saya 🙁

# – Wu wu wu wu wu.

Saya tidak sedar betapa kerap saya menggunakan cermin kereta sehingga cermin sisi itu hilang. Saya tidak dapat memandu. Sebab TAKUT! Hujan lebat lagi tu!

Saya serahkan tanggungjawab memandu kepada Mat Salleh. Dia memandu gaya Hyderabad dari Jalan Ampang ke Ikea. Memang hero saya!

# – Gambar daripada percutian kami di Hyderabad pada tahun lepas. Nak tengok Cermin sisi? Pirah!

Kami beli sekeping cermin dari kedai Ace Hardware.

# – Gambar ini berciri-ciri kesenian, kan?

Juga beberapa pita selofan. Pita selofan yang kami guna itu berjenama Scotch hanya RM4.30 untuk 5! Murah siottttt

# – Laraskan kedudukan …

# – Hah, balut ketat-ketat dengan selofan.

# – Stabilkan cermin dengan tisu. Tisu jenama Scott memang bagus tau, setelah seminggu hujan lebat, angin kuat masih teguh lagi!

# – Bagus!

# – Biar hodoh, asal selamat.

Hampir-hampir hendak biarkan cermin Ace Hardware itu apabila kita mendapat tahu bahawa penggantian akan menelan kos sebanyak RM610 untuk cermin yang baru dan RM390 kalau dari kedai potong! SIAL!!

Pengajaran yang dikecapi melalui cerita ini: Sentiasa melipat cermin sisi anda apabila meletak kenderaan di tepi jalan. Eh bukan, sebenarnya, letaklah kereta di petak yang betul. Atau, gunakanlah pengangkutan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *