Saya mahu mendedikasikan entri ini kepada C, yang yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya semasa dalam perjalanan pulang dari percutian ini. Walaupun hanya sementara, saya gembira bahawa kita bertemu dan amat berseronok menyelam skuba selama 3 hari. Saya akan sentiasa mengingati anda – lucu dan riang. Semoga di mana anda berada sekarang terdapat pelbagai makhluk lautan yang cantik dan berwarna-warni. Rest in peace, C.

+ + +

Kami bertolak ke Kuala Terengganu (KT) sehari sebelum. Dalam perjalanan, kami berhenti di Kuantan dan berjumpa dengan seorang sahabat lama, Damien untuk makan malam. Damien membawa kami ke restoran cina yang bernama Restoren Makanan Laut Alor Akar. Makanannya sedap sekali!

# – SEDAP!!!.

# – Saya dan Damien. Dalam perkembangan yang tidak berkaitan, bahagian bawah mata saya mengingatkan saya kepada sosej 😛

Selepas makan malam, kami meneruskan perjalanan kami ke KT. Kami bermalam di sebuah hotel bajet yang dikenali sebagai Hotel Indah untuk RM70 satu malam. Malangnya, tiada apa yang “indah” tentang hotel ini.

Katilnya sebenarnya hanya sebuah tilam plastic yang dialas dengan cadar yang amat nipis sekali. Selimut pula ialah tuala kecil yang nipis…untuk kegunaan Mat Salleh yang berketinggian 6’5″ dan saya? Lain kali, kami tidak akan ragu-ragu membelanja RM50 lagi untuk katil yang sebenar dan selimut besar!

# – Terence dan Moobs yang berkongsi bilik dengan bilik mandi yang berdinding telus, hahaha.

Pada keesokan harinya, kami menuju ke Jeti Marang!

# – Moobs dan Mat Salleh “bergaduh” sebelum berlepas dari jeti.

Kami sampai di Redang Bay Resort dan alangkah lega hati saya apabila melihat penginapan kami yang sangat, sangat selesa 😀

# – Wah! Bilik kami mempunyai cermin! Memang tidak boleh dibangdingkan dengan Hotel Indah di KT hahahaha.

Walaupun pada permulaan musim monsun, cuaca di Pulau Redang indah! 🙂

# – Langit terang, laut biru dan pasir putih.

Kami membuat sejumlah 5 sesi penyelaman, termasuk penyelaman malam yang sangat gerun dan menarik pada masa yang sama! Edvin, jurulatih selam saya mengetuai kesemua sesi selaman kami.

# – Edvin dan Mat Salleh berlepak di dalam air.

# – Terence. Dia yang mengambil semua gambar-gambar dalam air di belog ini. Lawati belog Terence di www.seapixels.com

# – Sayaaaaaaaa!

# – Mat Salleh bermesra dengan ikan-ikan nemo.

# – Saya lagi!!!

Buat pertama sekali, saya berjumpa dengan penyu dan ia sungguh besar! Sungguh mengagumkan! 🙂

Juga terlihat ikan yu, ikan barakuda dan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni dan pelik rupanya.

Ia agak sukar apabila difikirkan bahawa saya kena menunggu sekurang-kurang 6 bulan lagi sebelum dapat menyelam di perairan tempatan. Satu-satunya pilihan adalah untuk menyelam di luar negara tetapi kami berasa bahawa adalah lebih baik untuk menerokai semua tempat menyelam di Malaysia terlebih dahulu sebelum merentasi sempadan.

Walaubagaimanapun, saya tidak pasti jika saya dapat menahan godaan kerana sudah terdapat banyak tawaran hebat untuk menyelam di perairan Negara Thai dan Filipina yang dilemparkan ke muka saya T_T

Aih…sungguh kuat kerinduan saya terhadap lautan biru 🙁

Tagged with:
 

One Response to Menyelam skuba di Pulau Redang – Oktober 2011

  1. hidayah says:

    hai..

    my first time here..

    seronok baca entry redang island awak..!

    🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *