Ini telah menjadi resipi kegemaran saya setiap kali saya tidak tahu apa untuk dimasak tetapi inginkan sesuatu yang sah lazat. Ia sungguh senang untuk disediakan dan rasanya sungguh sedap!

# – Ayam panggang herba mudah.

Bahan-bahan:

  • 1 ayam kira-kira 1.3kg, dibersihkan dengan organ-organ dalaman dibuang
  • 1 biji bawang, dikerat
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 lemon, dipotong separuh
  • 1 genggam 3 herba yang berbeza, kering atau segar (saya gunakan “sage”, “basil” dan “cervil”)
  • 60 ml minyak masak
  • Garam dan lada sulah
  • # – Pertama, bersih dan lap dengan tuala kertas sehingga ayam kering. Langkah ini adalah penting untuk mendapatkan kulit ayam yang rangup.

    # – Kemudian, gosokkan garam di seluruh ayam serta rongganya.

    # – Masukkan bawang putih, bawang, dan limau ke dalam rongga ayam. Berhati-hati jangan sampai rongga ketat dan tiada ruang untuk aliran udara.

    # – Seterusnya, potong segala herba sehingga halus.

    # – Masukkan herba yang telah dicincang halus ke dalam mangkuk dan tuangkan minyak masak.

    # – Masukkan garam dan lada secukup rasa. Kacau sehingga bercampur.

    # – Sekarang, urut minyak herba di seluruh ayam. Jangan tuang terus minyak herba ke atas ayam, tujuannya hanya untuk dapatkan herba melekat pada kulit ayam. Jika masih ada herba minyak yang tinggal, boleh juga masukkan ke dalam rongga ayam.

    # – Masukkan ayam ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 230 darjah Celsius untuk 1 jam atau selama 1 jam 15 minit.

    # – Ayam panggang herba, SIAP!

    # – Keluarkan ayam dari lemak yang telah terkeluar semasa proses memanggang & hias dengan pelbagai jenis sayur-sayuran panggang.

    # – Kulit yang rangup dan enak dengan daging yang wangi. Yum yum!

    Jika anda takut untuk memanggang ayam, saya faham…sebab saya pernah juga takut. Takut tak masak betul ada, takut masak terlalu kering ada…pelbagai isu yang ditakutkan!

    Tetapi, percayalah saya bahawa resipi ini telah mengubah persepsi saya tentang memasak ayam panggang dan saya berharap ia akan juga mengubah fikiran anda 🙂

    Jom makan ayam!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *