Saya telah lama benci tengok palang langsir aluminium di rumah kami.

# – Palang langsir aluminium yang hodoh.

Saya tidak dapat menyembunyikan palang tersebut kerana saya tidak boleh menyambung bahagian atas langsir tanpa penggantung dinding.

Jika saya sambung bahagian atas langsir tanpa penggantung dinding, maknanya tiada cahayalah yang boleh masuk ke bilik. Tak payah pakai langsir sekalipun, boleh tutup terus tingkat-tingkap di rumah :(

Jadi hanya satu tugas yang perlu dibuat iaitu memasang penggantung langsir pada dinding. Tetapi saya memang takut dengan gerudi tangan. Dalam hati, saya percaya bahawa saya akan merobek dinding saya dan kemudian menggerudi melalui tangan saya sendiri.

# – Ngeri.

Pada suatu petang, bila Mat Salleh tengah berlepak di luar menonton ragbi, saya memakan 5 sudu mentega kacang tulen.

Mungkin terlalu banyak gula, otak saya tiba-tiba menjadi sangat aktif. Lalu saya masuk ke dalam bilik stor dan keluar membawa gerudi tangan Bosch. Kemudian saya terus membaca manual, dari muka hadapan ke muka akhir. Saya juga menonton beberapa video YouTube tentang cara-cara membuat lubang di dinding.

Masa itu, saya ingat jika dinding rosak saya boleh plaster semula dan jika saya menggerudi melalui tangan saya saya boleh jahit balik tangan saya. Ya, tuan-tuan & puan-puan, gula memang membuat saya gila.

Jadi saya mula menggerudi. Bukan sahaja saya tidak merobek dinding rumah, saya juga tidak mencederakan diri saya sendiri! Sebaliknya, saya membuat lubang yang bersih dan dalam. WOW!!!!!!!!!

Saya terus memasang penggantung dinding, hanya dengan kedua-dua tangan dan pemutar skru. Hah, itu sebab saya makan telur hari-hari, supaya boleh jadi sihat dan kuat!

# – Penggantung pertama yang telah dipasang.

Kemudian saya mula membuat lebih banyak lubang, dan memasang lebih banyak penggantung dinding.

Dan kemudian saya menyambung bahagian atas langsir, mengikat langsir ke belakang dan menggantungkan penyikat langsir atas penggantung dinding….

# – Tiada palang aluminium yang lebih menjengkelkan mata saya! Woohoo!

Dengan itu, maka berakhirnya cerita tentang penggerudian lubang dinding saya yang pertama. Terima kasih kerana membaca.

Tagged with:
 

One Response to Buat lubang.

  1. lalatepipantai says:

    best la u dh pandai tebuk lubang…..kihkihkihkih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>