Beberapa minggu yang lalu, kami mengunjungi Negara Singapura. Kami tinggal di Hotel 81 di tengah-tengah daerah Geylang, suatu kawasan yang menarik…ahemm.

Objektif utama lawatan itu ialah untuk membeli mesin memproses makanan. Sejak memulakan diet “karbohidrat lambat” atau “slow carb”, saya mendapati diri memotong bahan-bahan memasak dengan lebih kreatif.

Kalau nak kata bergantung kepada mesin pengisar lama saya dan pisau adalah jauh lebih sukar daripada yang saya jangkakan. Selain itu, saya memerlukan mesin memproses makanan untuk membuat pastri…bagi hari-hari tidak berdiet, hehehe.

Tuan-tuan dan puan-puan, diperkenalkan……Braun Multiquick 7 K3000 aka Kitchen Machine!

# – Kotak yang amat besar, untuk menyimpan pelbagai aksesori.

Rancangan awal kami adalah untuk mendapatkan sesuatu dari Koleksi Philips yang terkenal dengan keteguhannya atau Magimix, tetapi terkejutnya kami apabila mengetahui bahawa kedua-dua produk tersebut tidak dijual di Singapura.

Hanya Multiquick 7 yang ada dan selepas membaca 9 ulasan yang positif di Amazon, kami memutuskan untuk mengambilnya.

# – Tidak bersia-sia masa untuk menguji.

# – Pengisar kentang goreng (french fries) yang menakjubkan! 3 kentang dipotong dengan sempurna dalam satu minit.

Malangnya, kerana terlalu asyik dengan mainan baru saya, kelompok pertama kentang goreng french fries pertama yang saya buat dengan Multiquick 7 itu hangus : (

Tetapi saya tidak sakit hati sebab saya menjangkakan mesin ini akan bertahan sehingga umurku di pertengahan 50-an. Itu kentang goreng yang AMAT banyak hehehe.

# – Saya turut membersihkan lacI yang khas untuk menyimpan semua aksesori supaya segala-galanya senang diambil apabila perlu. Takkan biarkan duduk di belakang kabinet sambil mengumpul debu?

Sambil memburu mesin memproses makanan yang sempurna, kami juga sempat membeli-belah.

Kami melawatI pusat membeli-belah yang bernama DFS Galleria. Tempat itu agak menakutkan….ramai wanita dari Negara China yang berumur membeli-belah dengan fokus yang mengancam manakala laki-laki mereka mengantuk di sofa mewah sambil menunggu.

Hehehe, saya takkan menipu bahawa saya tidak berangan & bermimpi untuk menjadi salah seorang wanita-wanita kaya tersebut tetapi buat masa ini, Mat Salleh dan saya gembira menyeberangI jambatan ke Far East Plaza 🙂

Beg ini menarik hati saya.

# – $ 49.90 SING untuk beg kulit.

# – Ia mempunyai tengkorak-tengkorak kecil di seluruh beg.

Pada hari terakhir kami di Singapura, kami juga   bersinggah di Bencoolen Plaza untuk membeli jam tangan Casio yang murah. Mat Salleh mendapatkan dirinya satu Casio G-Shock berciri-ciri yang serius, manakala saya mendapatkan diri saya jam tangan yang berwarna merah jambu. Dengan pencahayaan yang juga berwarna merah jambu. Hehehehe.

# – G-Shock merah jambu saya.

# – <3

Lawatan ke Singapura ini merupakan salah satu percutian yang paling seronok! Nak pergi lagi!!!!!!!!!

One Response to Membeli-belah di Singapura.

  1. NikHamidi says:

    saya rasa anda bukan Melayu kan? tapi saya suka sangat dgn gaya penulisan bahasa malaysia awak. enjoy reading it!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *