Selamat sejahtera!

Selamat datang ke belog “Cik Kimberly Yang Cun”. Hahaha, jangan marah…sebab saya memang perasan sedikit!

Seperti judul belog di atas, nama saya Kimberly. Saya gadis berusia lewat 20-an yang berbangsa Cina. Terima kasih kerana melawati belog saya 🙂

Saya telah menulis belog sejak tahun 2003 tetapi dalam bahasa Inggeris. Tujuan saya memulakan belog yang berbahasa Malaysia ini adalah untuk melatih diri saya supaya lebih fasih dalam bahasa kebangsaan kita.

Saya memang minat berbahasa Malaysia tetapi tidak berkesempatan sejak melepasi SPM untuk bertutur kerana beberapa situasi:

1. Setelah melepasi kolej, saya berkerja di bahagian swasta yang jarang berbahasa Malaysia.

2. Ahli keluarga saya lebih selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Cina.

3. Teman lelaki saya ialah seorang Mat Salleh dengan ketinggian 6 kaki 5 inci yang berasal dari Negara Britain dan dia langsung tidak bertutur dalam Bahasa Malaysia. (Tapi dia fasih memesan makanan dan mencarut….oops, hehehe)

4. Rakan-rakan saya, termasuk yang berbangsa Melayu turut kebanyakan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Entahlah! Peluang saya untuk bertutur dalam BM ini memang jarang. Jadi, saya membuat keputusan untuk menubuhkan belog ini bagi melatih diri dalam bahasa yang indah ini.

Jikalau ada silap salah, sila beritahu ya!

Terima kasih! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *