Kebelakangan ini, saya telah mula bersenam dengan mesin berlari setempat. 20 minit setiap hari…5kmh saja, tak terlalu pantas. Kenapa tiba-tiba bersenam pula? Sebab Mat Salleh yang paksa dan sedikit sebanyak juga sebab mahu masa bersalin tak susah sangat.

Apa yang saya baca, senaman memang akan memudahkan proses bersalin. Hari itu, saya terbaca cerita penulis belog dari Amerika yang bersalin secara semula jadi dalam masa 3 jam saja dan tidak pun koyak bahagian sulit dia. Satu jahitan pun tak perlu!!

Tulah matlamat saya – semoga disenangkan operasi bersalin dan tidak perlu jahitan.

Walau bagaimanapun, tujuan cerita saya ialah untuk membuat sedikit aduan tentang Mat Salleh. Ish, tak sangka saya telah mengahwini seorang pengerah hamba. Hari tu saya malas sikit jadi ponteng satu hari senaman.

Manatahu lah Mat Salleh ni tak suka langsung! Tak berhenti-henti meleter dia! Jadi, bila saya nak mendiamkan dia saya cakaplah, “Ok, saya akan bersenam 30 minit selama 2 hari untuk menggantikan satu hari”. Alangkah sesal saya membuat janji macam tu, lagi dia banyak dia meleter.

“When are you going on the treadmill??”, tak henti-henti aduh! Lepas tu, dia berani lagi suruh saya masakkan snek malam selepas senaman!!!!!

Siapalah yang kata bila dah mengandung tu adalah masa terbaik untuk dimanja suami? Saya rasa dalam satu hari ni, Mat Salleh akan suruh saya cucikan kereta dia lagi!

Nah, ni gambar saya yang terkini, 6 bulan lebih lah perut 🙂

# – 25 minggu 5 hari.

Tagged with:
 

“A Pie Thing” ialah sebuah restoran yang dibuka di Damansara Utama baru-baru ini. Dengar nama pun tahulah bahawa makanan yang dijual tentu ialah pai.

Restoran tersebut terletak di barisan kedai yang menghadapi Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

# – Depan kedai “A Pie Thing”.

Walaupun masih belum ada perakuan halal, restoran ini tidak menghidang alkohol ataupun makanan yang tidak halal. Terdapat satu tip yang saya baca di Facebook yang menyatakan bahawa ayam dan daging lembu yang digunakan adalah daripada pembekal-pembekal yang halal. Sejauh mana kebenarannya, saya tidak tahulah.

# – Dibuka dari pukul 4 petang sehingga pai kehabisan.

Walau demikian, semasa menjamu selera, ada juga pelanggan beragama Islam yang mengunjungi jadi saya rasa patutlah agak selamat 🙂

Terdapat pelbagai pai yang manis dan tidak manis.

# – Pai tidak manis: terdapat perisa ayam + cendawan, bebiri, daging, bayam + keju dan lain-lain lagi.

# – Pai manis: terdapat perisa nutella, smores, ubi keledek, epal dan lain-lain lagi.

# – Ada juga sebuah kaunter yang menjual cokelat!

Hiasan dalam restoran ini agak ringkas tetapi masih selesa.

# – Moden dan ringkas.

Ok, bagaimana pula dengan rasa pai-pai di “A Pie Thing”? Secara terus-terang saya tegaskan, SANGAT SEDAP!

Pastri yang rangup dan penuh dengan aroma mentega serta inti yang sedap! Kentang putar dan pes kacang pis juga amat menyelerakan.

Anda boleh memesan kombo istimewa iaitu “The Mashacre” yang termasuk pai, kentang putar, pes kacang pis, kuah dan segelas air ringan/air kosong.

Mereka juga menghidang pelbagai jenis kopi dan teh.

# – Rupa saja yang sama, tapi dua pai yang berlainan. Saya memesan pai ayam + cendawan manakala Mat Salleh memesan pai daging stik. Lazat!

# – Ni satu selfie buatkan!

# – Rupa inti pai daging…sedapppp

# – Rupa ini pai ayam + cendawan.

Sebelum berlepas, mestilah cuba pai manis dahulu. Kami memesan pai smores (isi cokelat dengan gula-gula marshmallow yang telah dipanggang).

# – Pai Smores. Aduh, sedap sungguh!!!!

Kami memang suka dengan “A Pie Thing”. Sebelum ini, kami memang tidak pernah merasai pai yang sedap di Lembah Klang, bahkan di restoran-restoran yang khusus dalam hidangan Amerika atau England sehingga kami serik memesan pai.

Tetapi dengan kehadiran “A Pie Thing”, penghuni-penghuni sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur kini dapat menikmati pai yang sedap 🙂

A Pie Thing
128G, Jalan SS21/35,
Damansara Utama
47400 Petaling Jaya,
Malaysia.
Waktu operasi: 4pm – 12am (atau sehingga pai habis)

 

Perut saya ni dah semakin buncit! Hari ini masuk bulan ke-6 (minggu 24). 3 bulan lagi sebelum baby tiba, yay!

Sejak hamil, memang susah nak berfesyen. Hanya dua jenis saja pakaian yang saya pakai – baju t-shirt ataupun baju dari H&M.

Agak-agak saya ada lebih kurang 12 atau 13 baju H&M ini dalam 7 warna berlainan!

# – Minggu 21

# – Minggu 22

# – Minggu 23

# – Minggu 24

Suka sangat dengan baju H&M ni. Baju muat bahagian atas tubuh tapi senang regang untuk bahagian perut. Selesa sangat. Kadang-kadang kalau terasa baju terlalu pendek, saya akan pakaikan lagi satu skirt untuk panjangkan baju.

Kebelakangan ini, pantang nampak kedai H&M sebab mesti akan melawat. Kan kalau ada warna baru mestilah beli 🙂

Yang paling bes….hanya RM39.90 sehelai!!!

Tagged with:
 

Tak sangka sudah masuk 2 tahun sejak kali terakhir saya membuat catitan di belog ini! Saya meminta maaf atas kemalasan kronik ni.

Memang saya berkobar-kobar ingin mencatat kegiatan harian tetapi jawatan baru yang saya sandang sejak akhir tahun 2012 ternyata menjadi penghalang.

Sibuk sangat kerja sampai belog Bahasa Inggeris yang saya lebih selesa turut diabai.

Anyway, here I am!

Pertama sekali, saya telah berhenti kerja he he he…tu sebab senang sikit nak belog.

Kedua, saya sudah hamil 5 bulan 🙂

# – Ni gambar ultrascan 3 bulan.

Awal-awal tu muntah banyak, sampai tengah memandu kereta di jalan NKVE pun kena berhenti untuk muntah. Nasib baik Mat Salleh pandai, siap letak beg plastik dalam kereta.

Ada satu kali tengah bersarapan di Publika, nyaris humban isi perut di tengah-tengah food court 🙁

Nasib baik dah lepas trimester pertama, keadaan dah jauh baik. Mood pun bukan main baik lagi 🙂

Ok lah..sekian di sini sebab nak masak makan malam.

 

MINTA MAAF!!! Saya tahu saya telah berjanji untuk mengemaskini belog tetapi akhirnya gagal juga 🙁

Tahap penguasaan Bahasa Malaysia saya juga semakin lemah sehinggaka apabila berbual dalam Bahasa Malaysia, saya perlu berhenti seketika untuk mempertimbangkan ayat-ayat yang sesuai.

Padan muka saya!!!

Tanpa membazir masa, biar saya menulis tentang suatu projek yang amat saya banggakan. Projek lampu kepala kuda saya hehe.

Hairan tak??

Baiklah, mula sekali ini ialah gambar lampu dinding lama kami yang dibeli dari sebuah kedai di Damansara Utama. Lampu ini tidak wujud lagi sebab telah jatuh terhempas ke lantai 🙁

# – Lampu dinding lama.

Walaupun lampu tersebut merupakan lampu yang paling mahal di rumah kami, tetapi ia rosak terlebih dahulu. Itulah akibat membeli barangan buatan Negara Cina…kualiti teruk sekali! T_T Belilah barangan tempatan hehe.

Sebenarnya, hanya penutup lampu sahaja yang tertanggal, tiub lampu masih menyala tapi nampak hodohlah sebab tak ada penutup. Nak beli balik penutup yang sama susah pula.

Tiba-tiba, suatu idea timbul dalam otak kecil saya. Pada keesokan harinya, saya membeli beberapa dawai keluli dari kedai barangan pembinaan dan tisu kraf dari CzipLee.

Saya juga membeli satu paket tepung ubi kayu….agaknya apa yang akan saya buat ya? 🙂

# – Pertama, saya mengukur diameter asas lampu yang sedia dipasang di dinding. Kemudian saya membentuk bingkai mengikut ukuran.

# – Saya mula membina bentuk dari bingkai. Beransur-ansur, ia menjadi ini. Pandangan dari sisi.

# – Pandangan dari belakang. Saya mendasarkan bentuk kepada gambar kepala kuda yang telah dicetakkan dari Google Image.

# – Saya menggunakan playar biasa jadi sendi dawai saya kurang elegan 😛

Sekarang saatnya untuk membuat gam … dengan tepung ubi kayu! Saya rasa seperti telah kembali ke kelas pendidikan seni di sekolah rendah, haha.

# – (1) Masukkan 2 sudu besar tepung ubi ke dalam cawan kecil. (2) Tambah 6 sudu besar air. (3) Gaul sehingga tiada ketulan dan menyerupai susu.

# – (4) Tuang 400 ml air mendidih ke dalam mangkuk. (5) Tuangkan campuran susu ke dalam air panas dan kacau. Ia akan mula memekat. (6) Tambah 5 sudu makan garam dan kacau sehingga larut. (7) Gam ubi kayu, SIAP! Pastikan ia tidak terlalu tebal (tambah air) atau terlalu cair (tambah adunan susu). Hasilnya mestilah nampak berkilat dan melekit.

# – Gunakan berus dan sapukan gam ubi kayu ke bahagian tisu kraf. Lepas itu, liputi rangka dawai dengan tisu kraf. Tidak perlu terlalu terperinci….kalau ada lubang, koyak sedikit tisu kraf dan lekatkan ke atas. Apabila kering, sebarang kesalahan tidak akan kelihatan.

# – Tutup setiap bahagian kecuali bahagian belakang struktur. Kemudian biarkan kering semalaman.

# – Apabila telah kering, gantungkan di atas asas lampu.

# – Kemudian, nyalakan lampu: D

# – Lampu kepala kuda, SIAP!

Sekarang, lampu ini telah menjadi lampu kesayangan saya 🙂